Wow!!! Faiz Subri Tersenarai dalam 10 Calon Akhir FIFA Puskas Award 2016

FIFA telah mengeluarkan senarai ‘CONTENDERS’ bagi FIFA Puskas Award 2016.
Gol Faiz Subri berada dalam senarai ini. Lakukan undian anda segera!
Pemain Pulau Pinang Faiz Subri menjaringkan antara gol tercantik pernah disaksikan peminat bola sepak tanah air tatkala pasukannya mencatat kemenangan 4-1 keatas Pahang.

Faiz Subri mengejutkan penyokong yang hadir ke stadium dan penonton di rumah apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke 62.
Sepakan percuma pemain berusia 28 tahun itu turut mengelirukan penjaga gawang Pahang Mohd Nasril Nordin. Pergerakan bola turut menjadi faktor mengapa jaringan Subri dianggap sebagai antara yang terbaik pernah disaksikan.
Video jaringan freekick Faiz Subri yang menakjubkan itu turut boleh disaksikan di laman Youtube. Laman sesawang terkenal seperti Daily Mirror, SB Nation, 101goals juga antara yang menyiarkan video mengenai jaringan gol sepakan percuma Faiz Subri.
Selain Faiz Subri, 9 orang lagi juga merupakan penjaring gol tercantik 2016 dan merupakan nama-nama besar dalam dunia Bola Sepak antaranya :

10 Senarai Akhir FIFA PUSKAS AWARD 2016

  1. Mario Gaspar – Spain
  2. Hlompho Kekana – South Africa
  3. Marlone – Brazil
  4. Lionel Messi – Argentina
  5. Neymar – Brazil
  6. Saul Niguez – Spain
  7. Hal Robson-Kanu – Wales
  8. Daniuska Rodriguez – Venezuela
  9. Simon Skrabb – Finland
  10. Mohd Faiz Subri – Malaysia
Apa Itu Anugerah FIFA Puskas Award ?

Ada yang tahu ?Mungkin namanya tidak setanding dengan penghargaan Ballon d’Or. 
Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober 2009 oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di bawah Presiden Sepp Blatter.
Anugerah ini diperkenalkna untuk pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau ‘fantastik’ setiap tahun.
Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain lagenda Hungary, Ferenc Puskás, bekas penyerang Real Madrid pada tahun 1950an dan 1960an.
Ferenc Puskás juga merupakan sebahagian daripada pasukan gemilang Hungary pada 1950an.
Ferenc Puskás dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak paling hebat di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa.
Ferenc Puskás adalah salah seorang daripada penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.
“Penting untuk mengekalkan ingatan mereka yang bermain bola sepak yang telah meninggalkan sejarah kepada kita.
“Ferenc Puskás bukan sahaja pemain berbakat besar yang memenangi banyak anugerah tetapi beliau juga seorang lelaki yang luar biasa.
“Oleh itu, FIFA gembira untuk memberikan penghormatan kepadanya dengan mendedikasikan anugerah ini kepada beliau,” kata Blatter ketika merasmikan anugerah ini di Budapest.
Anugerah ini diperkenalkan buat kali pertama pada Julai 2008 hingga Julai 2009.
Anugerah tahunan telah dilangsungkan buat kali pertama di Switzerland yang dimenangi oleh pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.
Senarai Pemenang Anugerah Puskas FIFA
Tahun 2009
Pemain: Cristiano Ronaldo
Negara: Portugal
Perlawanan: Manchester United vs Porto, Liga Juara-Juara 2008-09 suku akhir
Tahun 2010
Pemain: Hamit Altıntop
Negara: Turki
Perlawanan: Turki vs Kazakhstan, Kelayakan UEFA Euro 2012 – Group A
Tahun 2011
Pemain: Neymar
Negara: Brazil
Perlawanan: Santos vs Flamengo, Campeonato Brasileiro Série A 2011
Tahun 2012
Pemain: Miroslav Stoch
Negara: Slovakia
Perlawanan: Fenerbahçe vs Gençlerbirliği, Süper Lig 2011–12


Tahun 2013

Pemain: Zlatan Ibrahimović
Negara: Sweden
Perlawanan: Sweden vs England, Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
Tahun 2014
Pemain: James Rodríguez
Negara: Colombia
Perlawanan: Colombia vs Uruguay, FIFA World Cup 2014
Tahun 2015
Pemain: Wendell Lira
Negara: Brazil
Perlawanan: Goianésia vs Atlético Goianiense, Campeonato Goiano 2015
Mungkinkah Tahun 2016 menjadi milik pemain dari Malaysia. Kalau betul memang rekod dunia bagi peringkat Asia Dan Asean.huhu. Semoga berjaya. Nak berjaya anda kene undi la.Admin dah undi.

Undi FAIZ SUBRI woi! Jangan nak mengada pilih Neymar Messi bagai.
Tolong tag ketua kampung korang sekali. Pakat undi satu kampung.