VIDEO: “Rakyat Johor Jadi ‘Gila’ Lepas Dapat Belanja RM3000 Seorang Secara FREE..” – Tapi Tiba-Tiba Keadaan Aeon Jadi Macam Kene Serang….

Wah, sungguh beruntung menjadi bangsa Johor ini kerana mempunyai kerabat diraja yang memang berjiwa rakyat. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah membuat kejutan apabila beliau telah berkunjung ke AEON Tebrau City pada petang tadi.

Kunjungan TMJ yang singkat itu nyata telah membuatkan ratusan pengunjung ke pusat membeli-belah itu teruja setelah Tunku Makhota itu membuat pengumuman semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya.

Tunku Ismail telah memperuntukan wang sebanyak RM3,000 untuk setiap pelanggan yang membeli-belah di pasaraya AEON itu.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.”Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor,” ujarnya dipetik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Menurut sumber, TMJ telah memperuntukan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta bagi membiaya program kebajikan untuk rakyat Johor itu.

Wah …untunglah Bangsa Johor di Aeon Tebrau ..TMJ belanja

DIKHABARKAN TMJ BELANJA BANGSA JOHOR DI AEON TEBRAU? TERBAIK BIG BOSS!

Sumber: KRT