Tragedi Tahfiz: Kes Selesai Dengan Penangkapan SUSPEK

Ejek-mengejek membawa kepada niat untuk membakar bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah Sabtu malam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan seramai tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan selepas siasatan rapi dijalankan sejak Jumaat.

“Pihak polis berjaya menangkap tujuh orang saya boleh mengesahkan kes ini selesai.

“Siasatan rapi dibuat dengan bantuan beberapa pihak dan turut merampas topi keledar, seluar serta motosikal yang digunakan.

“Enam daripada mereka positif ganja,” ujarnya pada sidang media Sabtu malam.

Amar Singh berkata, mereka melakukannya dengan niat membakar.

“Kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah dan kami berjaya mendapatkan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini (16 September),” ujarnya – mstar