” Tolonglah…Jangan Membenci JDT Kerana Ramai Player Selangor – Alistair Edwards “

Penyokong Selangor jangan membenci pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana ramai pemainnya berhijrah ke pasukan itu sebelum ini.
Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards sebaliknya meminta mereka supaya memikirkan mengapa ramai pemain dari Selangor mahu berhijrah dengan pasukan JDT.
“Janganlah membenci kami (JDT) disebabkan ramai pemain Selangor berhijrah ke JDT.
“Anda sepatutnya lebih bimbangkan kenapa ramai dari mereka hendak ke mari dan kelab anda melepaskan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.