TIPS : Cara merawat sunburn

Assalamualaikum..

Ewah ewahhh cukup-cukup lah tu pengambilan vitamin-sea tu yee.. Tak reti-reti nak balik ke cemana ni Nisa Kay ooiii ? Hahaha sejujurnya Nisa bukanlah seorang yang sering ke pantai.. sebab kulit muka yang tak berapa cerah ni akan terbakar dan of kos nampak empat tona lebih gelap. Huwaa! Orang nak empat tona lebih cerah, ini ada pulak lebih gelappp! Tapi kann bila dah terbakor ni.. ramai pulak yang bertanya bagaimana nak atasi sunburn nii.. Haaa…


➧ SUNBURN PADA BADAN
Sejujur jujurnya.. Nisa tak tahu macam mana nak rawat sunburn yang pada badan punyaaa… Seperti yang anda lihat di dalam gambar, pada hari Nisa pergi island hopping di sekitar Boracay, Nisa memakai tshirt berlengan tiga suku. Haaa salah sendiri sebab tak bawak inner atau arm socks! Huuuu maka terpaksa la pakai macam tu je, nampak lengan… 
Bila balik ke bilik petang tu dan masa nak mandi baru nampak sebahagian lengan memang terbakar teruk sampai merah-merah.. siap dengan pakej pedih pedih lagi! Memandangkan Nisa pun tak tahu macam mana nak rawat sunburn macam ni, maka Nisa google lah… antara solusi yang ditemui menerusi internet termasuklah :
  • Banyakkan meminum air masak.Langkah ini membantu mengembalikan kehidratan kulit, seterusnya mempercepatkan proses untuk pembaikan kulit yang sunburn tu.
  • Sapu aloe vera (yang original dari daun lidah buaya atau yang siap proses boleh beli dari drugstore)
    Selain melembap kulit, aloe vera ada ciri anti-inflammatory yang mengurangkan keradangan pada kulit.
  • Campur baking soda, tepung jagung dan air sejuk untuk dijadikan paste.
    Sapu campuran ini di wajah, biarkan seketikan dan bilas dengan air. Ini boleh mengurangkan kemerah-merahan pada kulit.
  • Menggunakan kentang
    Potong nipis dan tekap pada permukaan kulit, biarkan seketika sebelum bilas dengan air sejuk. Boleh juga blend hingga hancur dan sapu di kulit.
Nisa belum cuba cara lain selain daripada banyakkan minum air masak. Seksa juga yaa kalau dah kulit merah-merah siap pedih.. Allah… berseronok tak ingat dunia kan, ini dia Tuhan bagi lahh peringatan sikittt. Hehehee… InshaAllah rasa nak cuba yang aloe vera tu.
➧ SUNBURN PADA WAJAH
Haa inilah dia yang Nisa kata kulit sampai empat tona lebih gelap tu !! Burn di muka lebih sikit kita concern, ye lah kita kan pompuan.. so apa-apa hal jaga muka dulu eh eh ! Tambah lagi Nisa ada photoshoot tak lama lepas balik dari Boracay.. so memang sangat concern untuk sembuhkan sunburn di wajah dulu! Haha. Mujur kat muka tak sampai merah-merah pedih.. Jadi apa yang Nisa lakukan ialah..

#1 Pakai sunblock / sun screen
Di atas (paling kiri) merupakan sun screen yang Nisa gunakan. Mempunyai texture yang sangat light, macam gel dan tak ganggu mekap Nisa pun. Kiranya pakai sebelum mekap pun okay. Tapi waktu travel Nisa cuma pakai serum macam biasa, mosturizer dan sun screen. Seterusnya pakai CC cream atau bedak nipis je.
#2 Skrub wajah
Lepas balik dari aktiviti island hopping, Nisa tekap tekap muka pakai towel yang dibasahkan dengan air sejuk. Lepas tu Nisa gunakan mekap remover untuk buang semua sisa bedak dan produk yang dah dipakai. Lepas tu Nisa gunakan scrub dari St Ives yang Green Tea punya ni.. sebab tekstur dia halus dan tak sakitkan kulit. Nisa gosok gosok dekat muka, dengan harapan dia tanggalkan sel kulit mati yang terbakar di permukaan kulit. Gosok puas-puas, lepas tu biar seketika sebelum bilas.
#3 Cuci wajah
Lepas bilas wajah tadi, cuci pulak muka menggunakan pencuci muka biasa anda. As for me, Nisa memang kini menggunakan pencuci wajah dari Kiehls ni, Calendula Deep Cleansing Foaming Facial Wash. Memang rasa clean habis muka ni haa.. Cuci puas-puas dan bilas bersih okay ?
Nisa takdelah kata langkah-langkah di atas ni berkesan sungguh.. Effect pada setiap orang tu lain-lain.. bergantung kepada jenis kulit dan tahap sunburn tu jugak tau. Alhamdulillah, walaupun memang gelap sikit.. tapi takdelah gelap sangat-sangat muka Nisa. Sampaikan Nisa balik pun kurang lah orang yang tegur pasal muka gelap ke apa.
Apa-apa pun, kena cepat-cepat rawat wajah kalau taknak sunburn tu berlarutan okayyy ! Dan jangan lupa jugak, tengok rancangan PESONA MUSLIMAH, setiap Isnin jam 9.30 malam di Astro Oasis. Hahah promoteee lagi! 
NISA KAY.