Tak update blog pun trafik mencanak-canak ???

Sumber gambar : DI SINI

Assalamualaikum…

Wahhh dah masuk pertengahan bulan April pun, dalam sedar tak sedar kan.. Busy tu memang busy lahh.. Tapi kadang-kadang rasa macam hmmm apa je aku dah buat setakat ini ? Gituu, busy tak semestinya produktif kan ? Busy kat luar je, Nak dapat masa depan laptop punya susah lahaiiii.. Maka dengan itu, update blog ke laut lah cerita nya kann..

Alllllllrighttttt…. Hahahaa sebenarnya Nisa ketandusan idea nak update pasal apa.. Tapi ada jugalah yang bertanya Nisa “Eh ko ni update blog pun seketul demi seketul.. mengaku lagi pageviews ratus ribuan ?” Haa pedas ke idokk ? Hahahahha !!! Kalau nak tahu, pageviews yang Nisa rujuk selalunya dari statistik dekat laman web Blogger tu je la..

Berpandukan gambarajah di atas (??) pageviews secara keseluruhan pada bulan yang lalu berjumlah lebih 129k… sebenarnya pageviews tu menurun agak banyak sebab bulan sebelumnya tu lebih kurang 150k pageviews jugak.. Dan turun kepada 132k pageviews.. seterusnya membawa kepada jumlah pageviews yang tertera paling latest seperti di atas.

Ada jugak yang menyatakan ianya tidak reliable mana. Tapi dah ini je yang Nisa tahu. Biasanya Nisa bagi klien latest punya pageviews dari sini je.. Dorang pun okay je kan.. Tak pernah nak pertikaikan pulak, ye dak ? So…. takpelah kalau ada yang tak puas hati.. Nisa tak boleh lahh nak cakap apa kan. Dan ramai je lagi bloggers lain di luar sana yang ada pageviews berpuluh kali ganda lebih banyak dari blog picisan Nisa ni haa…

Okay berpandukan website Blogger lagi sekali, ini adalah jumlah view yang tertera.. Ini merupakan entry yang bagi aku agak lama jugak laaa… Alhamdulillah, rata-rata mencecah 10k views. Ada lambang mata tu bukan dajjal tau haha! Tapi simbol untuk view. Hahah! Ok. Jumlah komen je la agak merudum kebelakangan ini.. Part tu aku tak sure macam mana.. Takkan nak paksa orang komen pulak kan ?

Tapi aku bersyukur sangat sangat haa sebab masih ada yang sudi baca blog aku dan Google keyword yang menuju ke blog aku niii. Maklumlah, nak tinggal sayang, nak update selalu masa pulak takde. Dah pergi event tapi tak update sampai sudah! Hahah.. Nisa banyak sangat produk dan event yang nak share dengan korang tau! Harap pembaca semua bersabar dan tabah laa dengan Nisa haha !

Apa apa pun Nisa hargai sokongan kalian semua ! Jangan lupa saksikan Nisa dalam rancangan PESONA MUSLIMAH di saluran 106 Astro Oasis atau boleh tonton juga di Maya HD.. Setiap Isnin jam 9.30 malam tauu.. Eh ter-promote show sendiri pulak. Hikk.. hikk..

NISA KAY.