Tahniah…Penjawat awam Johor Dapat Bonus Setengah Bulan Gaji

Kerajaan Johor mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri sebagai menghargai komitmen mereka. Difahamkan, lebih 11,000 penjawat awam negeri akan menerima manfaat itu dengan tarikh pemberian bonus akan dimaklumkan kelak. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemberian bonus itu berikutan pelbagai pencapaian membanggakan yang direkodkan Johor, kebelakangan ini. 
“Usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan komitmen kakitangan kerajaan. Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan semua dalam membangunkan Johor. Semoga budaya kerja yang cemerlang ini dapat diteruskan dan digandakan pada masa depan,” katanya. 
Beliau berkata demikian pada pembentangan Bajet 2017 bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor (DUN) yang ke-13 di Kota Iskandar, di sini, hari ini. Mohamed Khaled turut mengumumkan bonus yang sama kepada wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang.
Via BH