Sedang merancang percutian ? Jom ke Macao !

Pic credit here

Assalamualaikum..

Yeahh bulan Disember sudah tiba dan pastinya ramai diantara kita yang sedang merancang untuk bercuti ke luar negara bukan.. Haa ke mana destinasi kalian selepas ini ? Pernah ke Macao tak ? Pernah terfikir nak ke Macao ?? Haa khas untuk mereka yang nak bercuti pada hujung tahun atau mungkin sedang merancang perjalanan untuk tahun 2017, Nisa nak seru lah korang semuaa.. meh tengok apa yang menarik di Macao !

Haa nak bercerita lebih-lebih mengenai Macao ni, Nisa pun belum pernah sampai ke sana haha.. tapi teringin sangat ! InshaAllah satu hari nanti.. Baiklah, Nisa petik sedikit ayat-ayat dari laman web Lonely Planet mengenai Macao ni..

Best known globally as the ‘Vegas of China‘, the Macao Special Administrative Region is indeed a mecca of gambling and glitz. But the city is so much more than that. A Portuguese colony for more than 300 years, it is a city of blended cultures. Ancient Chinese temples sit on streets paved with traditional Portuguese tile. The sound of Cantonese fills the air on streets with Portuguese names. 




Ada banyak sangat tarikan di Macao dan juga terdapat banyak aktiviti dan acara menarik di sana.. Nak tahu apa dia ? Haa kenalah teruskan membaca kalau nak tahu apa aktiviti atau acara yang akan datang berlangsung di sana.. Sekurang-kurangnya, anda sudah boleh mula merancang jadual dan aktiviti jika ke sana nanti !

2016 MACAO GALAXY ENTERTAINMENT INTERNATIONAL MARATHON

Gemar bersukan ? Pernah menonton acara marathon di luar negara ? Nisa pernah ! Meriah sangattt ! Sangat ramai peserta yang menyertai acara larian seperti ini, ternyata di Malaysia mahupun di mana-mana, memang sukar marathon ini menjadi kegemaran ramai. Acara marathon ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri di mana ianya dianjurkan oleh sebuah kelab pada 1981, dan acara ini terus mendapat perhatian ramai serta yang terkini, mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan dan badan-badan berkenaan sukan di Macao. Info lanjut di laman web ini !


2016 PARADE THROUGH MACAO, LATIN CITY

Bersempena ulang tahun penyerahan Macao kepada China, acara ini berlangsung setiap tahun pada Disember. Menampilkan pelbagai pameran kostum dan bakat, acara ini mewarnai jalan-jalan di Macao pada hari kejadian. Mengambil inspirasi dari tema “Chinese Classics of Mountains and Seas”, peserta perarakan menampilkan kostum yang sangat menarik dan berwarna-warni. Meriahh sungguh weh ! Maklumat lanjut KLIK DI SINI !
1st INTERNATIONAL FILMS FESTIVAL & AWARD

Turut berlangsung di Macao ialah acara berprestij International Films Festival & Awards, sebuah acara yang meraikan dan mengiktiraf penggiat seni. Memfokuskan kepada karya-karya bahasa Cina, acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pelbagai aspek bahasa Cina, Asia Timur dan pawagam antarabangsa dalam semua bentuk. Dapatkan lebih info di sini.


MACAO LIGHT FESTIVAL

Lengkapkan percutian you guys dengan berkunjung ke Macao ketika musim festival cahaya ! Haa sangat sangat meriah. Malam nan suram bakal diwarna-warnikan dengan teknologi pengcahayaan yang pasti meninggalkan kesan sepanjang trip anda ! Wahh ayat dah serupa majalah pelancongan ! Ternyataan senibina-senibina di Macao akan dicahayakan dengan lampu berwarna-warni serta dengan teknologi hebat demi menampilkan kelainan. Boleh tengok video acara tahun lalu di sini okay. Terujaa Nisa tengok ! Banyak aktiviti check laman web ini okay..
Menarik bukan aktiviti-aktiviti dan acara yang berlangsung di Macao ?? Selain daripada terdapatnya lokasi yang sangat cantik dan unik di sana, Nisa tak sabar nak menjejakkan kaki di sana satu hari nanti, bagi menyaksikan keunikan senibina ! Haa tak sabar punya pasal sampai edit gambar sendiri tu haha !!
MENANGI KAD TOUCH N GO DENGAN NILAI RM500 
Wahhh siapa nak kasi macam tu je kan kad Touch N Go dengan tambah nilai RM500 di dalamnya??!! Hahaha… dengan setiap pakej percutian ke Macao yang ditempah, anda layak menyertai cabutan bertuah ini ! Macam mana caranya ??
  • Tempah pakej percutian ke Macao sebelum 31st DEC 2016

  • Taip LOVEMACAO

  • SMS to 68886

Pelanggan bertuah bakal membawa pulang hadiah kad Touch N Go dengan tambah nilai RM500 di dalamnya ! Jadiii jangan lupa tempah pakej percutian ke Macau sekaranggg !! Jangan kata Nisa tak share mengenai lucky draw ini pula ye ! Hehehe.. Jom ke Macau !

Anda terlepas Jualan Mega Akhir Tahun Macao? Jangan bimbang! Tapak pameran Pelancongan Macao akan kembali ke pameran MATTA tahun hadapan, 17-19 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra, turut akan menampilkan peraduan dan permainan yang lebih menarik untuk anda menangi lebih banyak cenderamata.





NISA KAY.