SAYU!! ” Yang PERTAMA itulah kenangan sulong YANG TERINDAH tapi hanya boleh SENTUH dan KENDUNG anak sendiri untuk 20 minit sahaja… “

BIDADARI KECIL UMMI DAN ABAH
============================

Lepas 2 tahun 2 bulan menanti..

Akhirnya Allah kurniakan penghuni kecil mengisi rahim ummi…

 

Masuk minggu ke 18.. ummi da mula rase pergerakan halus d rahim… macam ada butterfly…. geli2 selalu… hehehe

Masuk minggu ke 20 pergerakan makin kuat…

Hari2 ade latihan boxing dalam rahim…

Dush2!! Wachaa!! Dush2 wachaa!!

Aktif sangat dari petang bawak ke malam..

Sampai ummi tak boleh tido…

Tengah2 malam lapar memang perkara biasa…

Yang dalam buat latihan boxing, yang luar tolong makan nak supply tenaga… hehehe

Selalu ummi borak2 dengan dia…

Bacakan surah2 pilihan…

Dia respon dengan gerak2…

Kalau die gerak kuat ummi tekan n picit sikit perut. Terus dia diam.

Pastu ummi gelak2 n lepaskn perut.. dan dia pon sambung ber boxing..

Seronok kacau dia.. hehhee

Masuk minggu ke 23…

Semalam… 21 september 2017..

Ummi sakit bawah perut kuat sangat2…

Pkl 1.30pm da tak tahan sakit.. terus ke unit kecemasan..

Doc scan.. tak jumpa apa2 yang menyebab kesakitan…

Doc check bawah..

Allah…

Jalan dah buka 3cm d usi kandungan 23 minggu…

Doc bagi penerangan..

Jalan dah buka..

Kita akan tunggu bersalin secara normal…

Tapi baby memang tiada harapan kerana baru 23 minggu..

Semua sistem badan dan otak belum matang…

Ummi pasrah..

Ummi call ayah ummi minta maklumkan pada yang lain…

Ummi tak da kekuatan nak call abah..

Takut ummi meraung kat situ..

Sakit makin kuat..

Menggigil ummi tahan sakit..

semakin lama semakin kerap..

Tiap kali sakit…

Dengan air mata ummi ungkap kalimah LAILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN sepanjang masa…

Doc cucuk ubat tahan sakit yang buat ummi mengantuk… baru nak lelap sakit datang lagi..

Pukul 4.30pm…

Sakit makin kuat.. selang 3mint….

Pukul 5pm… sakit selang 1minit…

Terus ummi d tolak masuk bilik bersalin…

Doc check… jalan dah buka 6cm..

5.15pm sakit dengan rasa nak teran…

Tapi masih boleh d kawal…

5.30pm ummi jerit panggil nurse.

Nurse!! Nak teran!!

Nurse dan doc datang berkumpul..

Bibir masih mampu mengungkap kalimah LAILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN bersulam air mata dan nafas yang tersekat sekat…

Ummi jerit ALLAHU AKBAR!!

dengan sekali teran yang kuat…terasa sesuatu keluar sikit.

“Sikit lagi dik”, jerit nurse.

Sekali lagi ummi jerit ALLAHU AKBAR!!

Terasa seketul benda besar keluar..

Terus hilang segala sakit…

Rasa lega semua otot2…

Rasa sedikit tenang tapi susah nak bernafas..

.
Doc bagi bantuan oksigen…

5.45pm Lahirlah bidadari kecil ummi dan abah ke dunia…

Lahir Tanpa suara…

Masih berbalut dengan sarung air ketuban…

Masih terlalu kecil dengan berat 545g sahaja..

“Saya ambil anak puan dulu, bayi masih hidup, tapi kami kena rujuk ke pakar kerana terlalu kecil dan belum matang, nanti saya beri pada puan semula”.

Ummi hanya mampu mengangguk…

Tanda redha dan pasrah…

Pukul 6.00pm..

Doc serahkan bidadari kecil kat ummi..

“Anak puan masih hidup, saya tinggalkan puan dengan anak sekejap ya..”

“Terima kasih doctor”

Bidadari bertukar tangan…

Ummi iqomah kat teliga kanan dan kiri dia..

Ummi usap mata dia.. Kening dia… Tangan dia..

Kaki dia…

Ummi masukkan jari kat bibir dia..

Nak tahnik tak bawa apa2…

Hanya jari mampu ummi masukkan sikit..

“Bangun la sayang, buka mata…”

Pandang la ummi sekejap..”

Hanya ada hela nafas sedikit kuat, mungkin sebagai tanda respon…

Ummi tenung bidadari kecil ummi lama2..

Nak semat dalam minda separa sedar…

“Bangun sayang… bangun la kejap…

Lama ummi tunggu nak dapatkan sayang..

Senyap…

Takde respon..

Yang ada cuma turun naik dada tanda masih punya nafas…

6.20pm…

“Puan.. maaf.. kami tepaksa ambil anak puan untuk d rujuk ke pakar kanak2..”

Ummi angguk..

Redha sekali lagi…

Ummi hantar bidadari ummi dengan air mata…

Kesan ubat..

Ummi terlelap sekejap..

Sedar2 pukul 8pm..

Masih di bilik bersalin..

Ada mask oksigen…

Di kiri kanan ada alatan elokronik untuk mengukur oksigen, tekanan darah dan jantung…

“Nurse, anak saya ada lagi?”

“Dah tak da puan, ayah puan dah bawa balik untuk urusan pengebumian”

“Innalillahi wainna ilaihi roojiuun…”

” nurse pukul berapa anak saya dah tak da?

“6.30pm puan”

Sekali lagi…

Air mata membasahi bumi…

Tiada lagi moment2 indah latihan boxing dalam rahim…

Tak de lagi lapar tengah2 malam…

Tak de lagi gurauan nakal ummi sakat si kecil…

Tak boleh lagi kita berborak..

Takde lagi semua moment2 indah antara kita…

Yang ada hanyalah kenangan…

Kenangan makbulnya doa miliki zuriat..

Kenangan rahim pernah di huni…

Kenangan melahirkan…

Kenangan boleh sentuh dan kendung anak sendri walau hanya untuk 20 minit je..

Yang paling berharga… kenangan jadi ummi untuk bidadari kecil yang akan sambut ummi d pintu syurga…

YANG PERTAMA ITULA KENANGAN SULONG YANG TERINDAH…

Sampai kita jumpa lagi sayang…

Tunggu ummi dan abah di pintu syurga ya…

Mana milik kita..

Tidak ada kita punya..

Semua yang ada..

Allah yang punya…

Doakan ummi kuat….

Nurul Jannatul Firdaus Binti Mohamed Fairus

30 zulhijjah 1438H

21 September 2017

khamis

5.45pm

545g

6.30pm Hembuskan nafas terakhir

Abah imam solat jenazah

10.30pm Kebumi

Malam jumaat

************

Semoga puan kuat dan tabah menghadapi ujian Allah ini. InshaAllah anak ini akan jadi penunggu di Syurga.

Silakan SHARE.

Sumber : KRT via beritakopak

The post SAYU!! ” Yang PERTAMA itulah kenangan sulong YANG TERINDAH tapi hanya boleh SENTUH dan KENDUNG anak sendiri untuk 20 minit sahaja… “ appeared first on Koleksi Gambar Pelik.