Riuh Sekampong !!! Rumours Nazmi Faiz Bermain Dengan Kelab Jepon Iaitu JEF United Ichihara Chiba

Baru keluar rumours kelab Nazmi dipinjamkan dah riuh sekampung ( padahal memang tak sahih pon sebab Nazmi masih training di Padang Seri Gelam mlm tadi). Tapi cerita ni cukup mengundang reaksi sinis netizen memandangkan kelab tu berada di J. League Division 2, liga divisyen dua di Jepun. Paling sedih( tak tau nak kata sedih ke kelakar) ada yg kata baik duduk je kat Liga Super daripada setakat duduk kat J2 kat Jepun tu. 
Tak kira laa sahih atau tak sahih Nazmi akan ke situ, admin nak bawa likers semua ‘jalan²’ ke Jepun sekejap untuk berkenalan dengan kelab ni.
:
Stadium: Fukuda Electronic Arena (jauh lebih sempurna daripada sesetgh stadium Liga Super di Malaysia)
:
Kehadiran purata musim 2016: 10,292 (hanya beberapa pasukan di Liga Super je yg melebihi jumlah jumlah kehadiran purata ini…stadium pon banyak yg ‘krik²’..)
:
Penaja:
Bahagian paling menarik nak cerita. Kelab ni ada 9 penaja utama (termasuk yakult, furukawa electric, kappa dan beberapa syarikat lain). Kemudian ada 25 lagi jenama lain yang menjadi penaja pasukan ni. [ pasukan2 kat Malaysia nak dapat 2-3 penaja pon semput]
:
Akademi: U18, U15, U13 ( kebanyakan pasukan di Malaysia masih tak ada lagi akademi pelapis)
:
Pembangunan akar umbi: Jeff’s football school
:
Pasukan² lain/pasukan pelapis:
JEF United Ichihara Chiba U-18 
JEF United Ichihara Chiba U-15 
JEF United Ichihara Chiba Ladies 
JEF United Ichihara Chiba Ladies U-18
:
Belum cerita lagi laman sesawang bagi kelab ni yg sememangnya mesra pengguna dan sangat informatif. Pendek kata, walaupun berada di divisyen ke 2 tapi perjalananan kelab ni serba lengkap. Tu yang admin pelik mcm mana boleh ada yg bandingkan standard liga super malaysia ni dengan standard J2 di Jepun. Jauh mcm langit dengan bumi bezanya..orang dah jauh lebih maju pon dari kita..tak percaya? admin bg gambar2 kelab ni dengan link laman sesawang sekali. Kesimpulannnya sama ada nazmi dihantar kelab² J2 ke atau kelab² J3 ke, jgn sekali-kali fikir bahawa kelab2 liga super Malaysia lebih maju drpd kelab mereka..
:
Kredit artikel: Johor Football Channel
: