Ramai Tertipu Berita Palsu TMJ Nak Belanja Warga Pontian Dan Kluang

Kecoh seketika apabila semalam telah berlaku insiden bahawa TMJ atau lebih dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibrahim telah melawat Aeon Tebrau serta membelanja rakyatnya sebanyak RM3000 seorang untuk barangan keperluan.

Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila lambakan barang-barang yang tidak sempat di bayar oleh orang ramai di biarkan bersepah begitu sahaja di premis Aeon Tebrau malam tadi. Kejadian itu telah menyebabkan pasaraya tersebut terpaksa di tutup bagi menjalankan kerja pembersihan.

Di sebabkan tular cerita sedemikian harini pula tersebar berita palsu kononnya kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Pasaraya Econsave di Pontian. Walaupun telah disahkan palsu, tetapi orang ramai masih tidak berganjak dan menunggu di pasar raya tersebut sejak jam 10 pagi Khamis.

Kira-kira lebih 1,000 pengunjung telah menunggu dengan penuh harapan di pasar raya tersebut agar TMJ akan datang untuk membayar barangan yang mereka hendak beli seperti yang berlaku pada semalam di Aeon Mall Tebrau City di Johor Bahru.

Dikatakan bahawa TMJ akan membayar semua perbelanjaan pelanggan yang membeli belah di sana. Menurut Sinar Harian mendapati orang ramai yang telah memenuhkan troli mereka dengan pelbagai barangan tetapi ia dibiarkan begitu sahaja sehingga telah menyebabkan kesesakan di dalam pasar raya econsave itu.

Bukan itu sahaja, malah di luar pula anggota polis terpaksa ditempatkan bagi mengawal lalu lintas kerana pertambahan kenderaan yang secara mendadak ke pasar raya itu sejak tengah hari tadi. Pihak Pengurus Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam menyatakan bahawa lebih 300 troli yang penuh muatan dengan pelbagai barangan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pihak membelinya.

Pengurus berkata pihaknya telah menelefon pihak polis bagi mendapatkan keaslian mengenai berita yang viral tentang kehadiran TMJ pada jam 12.00 tengah hari. Namun, menurutnya berita berkenaan adalah palsu semata-mata.

Komen dari pengurus lagi:-

“Memang menyusahkan ada banyak barang kami yang rosak dan kerja-kerja mengemas perlu dilakukan lepas ini.

“Lebih teruk lagi, masih ada yang percaya TMJ akan datang walaupun pengumuman berita tular itu palsu telah dibuat berulang kali,”

Menurutnya, satu pesanan suara seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya telah viral dan mendakwa kononnya Tunku Ismail hadir ke setiap daerah di negeri ini untuk belanja rakyat. Lelaki tersebut juga mendakwa, TMJ akan membawa bersama kira-kira RM100,000 ke Econsave Pontian pada jam 12 tengah hari ini.

Jelas dakwanya lagi, Tunku Ismail telah memperuntukkan RM200 kepada setiap keluarga yang hadir membeli segala keperluan harian mereka. Tidak cukup dengan kisah di Pontian, berita palsu itu juga telah viral di Aeon Kluang. Perkara yang sama terjadi apabila troli yang penuh dengan barangan di biarkan begitu sahaja tanpa ada yang membelinya.

Sumber :Mstar