Player JDT II Gabriel Miguel Guerra Jelmaan Lagenda Juan Manuel Arostegui

Gabriel Miguel Guerra aka Gaby Guerra kelincahan yang bagaikan jelmaan semula Juan Manuel Arostegui di era kemuncak MPPJ FC
Pertama kali menyaksikan kelibatnya ketika menonton perlawanan liga M antara pasukannya dan JDT gerakan lincah dan ketangkasannya banyak kali memegunkan admin, terdetik dalam hati admin bahawa alangkah bagusnya jika pemain ini boleh bermain untuk pasukan JDT dan membantu dalam kempen AFC Cup mereka.

Terdetik juga dalam hati admin bahawa liga M pernah menyaksikan pemain yang berkebolehan seperti ini suatu ketika dulu. Dan ya akhirnya aksi Juan Arostegui yang pernah menggegarkan arena bola sepak tanah air suatu ketika dahulu terlintas didalam fikiran admin.
Juan Arostegui yang merupakan bekas pemain BOCA Junior iaitu satu pasukan gergasi diliga Agentina yang banyak melahirkan pemain-pemain ternama dunia seperti Carlos Tevez, Nicolás Gaitán, Juan Roman Riquelme Web dan juga lagenda dunia Diego Maradona. Ketika mewakili MPPJ FC Juan Arostegui pernah menjaringkan 50 gol dalam satu musim di liga M yang merupakan satu rekod yang masih belum dapat dipecahkan. Untuk perbandingan jumlah keseluruhan gol Diaz bagi musim 2016 adalah berjumlah 34 gol.
Mungkin satu kebetulan ataupun dirancang Guerra yang mempunyai kebolehan mirip kepada lagenda MPPJ FC ini turut adalah lepasan dari akademi Boca Junior yang bermain dalam pasukan simpanan mereka sebelum PKNS FC berjaya memancing beliau untuk bermain bersama mereka dengan status pemain pinjaman, satu langkah yang amat impressive bagi admin oleh PKNS FC yang berjaya meminjam pemain berpotensi dari sebuah pasukan ternama dunia.
Kini detik hati admin yang pernah terlintas satu ketika dahulu untuk pemain ini bermain bersama JDT telah menjadi kenyataan setelah JDT menyatakan bahawa mereka telah menanda tangani pemain ini untuk mewakili mereka di pasukan JDT2 bagi musim hadapan.
Sedikit mengenai latar belakang Guerra
Tarikh lahir :- 17 Apri 1993 (23 tahun)
Kelab Asal :- Boca Juniors B 
Posisi :- Centre Forward
Tinggi :- 1m83 
Berat :- 86 kg
Dengan usia yang lebih muda dari Diaz(26 tahun) dan juga Lucero(24 tahun) Guerra boleh dikatakan baru nak memasuki fasa usia peak iaitu fasa umur terbaik bagi pemain bola sepak didalam lingkungan usia 24-28 tahun. Dalam usia yang baru mencecah 23 tahun masih banyak lagi ruang untuk Guerra berkembang untuk menjadi pemain yang lebih baik dimasa akan datang.
Via Johor Football Channel