PERMAINAN KOTOR, BERDRAMA RAIH SIMPATI..MENYUSAHKAN ORANG – HAFIZ HAMIDUN MENGAMUK DENGAN JOY REVFA

Memang agak kecoh ketika ini apabila Joy Revfa memulakan kembali isu perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun.

Joy Revfa telah menulis panjang lebar di laman Fb miliknya setelah mahkamah mengesahkan pernikahan dan juga penceraian dengan suami terdahulu iaitu Datuk Ray.

Usahawan berjaya ini juga mengatakan pernikahan dengan Hafiz Hamiduun adalah sah tetapi dia menegaskan sudah tawar hati dan tidak mahu hidup bersama Hafiz lagi.

Yang mengejutkan, Joy Revfa sekali lagi mengungkit kisah ‘dalam kain’ bersama Hafiz Hamidun.

Wartawan cuba mendapatkan ulasan dari Hafiz Hamidun tentang ini.

Melalui portal Media Hiburan, penyanyi nasyid ini akhirnya memberi kenyataan balas terhadap luahan Joy Revfa itu.

Menurut Hafiz, Joy tidak sepatutnya meraikan kemenangan apabila pihak mahkamah mengesahkan yang dia dan bekas suami sudah sah bercerai dua tahun yang lalu.

Sepaptutnya hal ini telah dibuat sejak dulu lagi dan ianya menyusahkan orang lain.

Memang kali ini Hafiz Hamidun menyelar Joy Revfa. Dia mengatakan Joy kuat drama dan hanya meraih simpati.

Joy didakwa telah memusing cerita dan berbohong tentang mereka pernah melakukan hubungan bersama.

Ini komen Hafiz Hamidun:

“Dia tak patut meraikan ‘kemenangan’ apabila hakim putuskan cerai dia pada 2015 dengan bekas suami dia sah.

“Itu yang sepatutnya dia buat dua tahun dulu, bukan hari ini sampai menyusahkan orang lain. Bila orang cakap dari dulu tak nak dengar,”

“Dah sampai masuk mahkamah, pusing cerita. Menipu pernah bersama. Padahal tak pernah bersama pun.

“Dan statement itu dia sendiri yang masukkan dalam fail mahkamah,”

“Sila hentikan permainan kotor tu. Tak payah berdrama nak meraih simpati,”

“Tolong hentikan fitnah-fitnah dia pada saya dan saya cuma nak katakan, You are in huge trouble”

Itulah komen dari Hafiz Hamidun. Katanya dia sudah melantik peguam dan sebarang kenyataan selepas ini hanya akan dibuat di mahkamah sahaja.

Sumber