Penjagaan Miss V Pengaruhi Kecantikkan Luaran & Dalaman Wanita

Penjagaan alat sulit wanita adalah sangat penting, ini kerana ia mempengaruhi kecantikkan luaran dan dalaman seseorang wanita. Ia antara elemen penting yang perlu diberi perhatian selain daripada kecantikan luaran.

Jangan pula anda menjaga kesihatan luaran semata-mata dan penjagaan dalaman anda abaikan. Jika alat sulit anda tidak dijaga dengan baik, kesihatan dalaman anda juga turut terkesan. Antara kesan yang paling menakutkan adalah kanser rahim dan juga terkena jangkitan kuman.

Alat sulit adalah daerah sensitif dalam hubungan intim, justeru ia memerlukan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku misalnya jangkitan kuman. Berikut adalah tips dan panduan bagi menjamin kebersihan alat sulit anda.

Gel mandian atau sabun mandi

Jauhi penggunaan sabun ataupun menyapu gel mandian pada alat sulit. Hal ini kerana kandungan pH dan pelbagai bahan daripada sabun atau gel mandian bisa menyebabkan kekeringan dan masalah iritasi sekali gus mengakibatkan alat sulit gatal.

Apa yang lebih teruk adalah apabila ada sesetengah wanita yang alah atau sensitif dengan sabun, alat sulit mudah terasa gatal dan mengakibatkan keputihan. Jangan ambil ringan ya!

Memasukkan jari

Elakkan melakukan douching (memasukkan jari atau pancutan) ke dalam faraj untuk membersihkan bahagian dalam faraj. Ia akan menyingkirkan sejenis bakteria iaitu loctobacilli dari faraj.

Apa yang menakutkan, ia akan mendedahkan bakteria faraj dan bahagian luar alat sulit kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Jari anda adalah salah satu anggota badan yang sering digunakan untuk memegang sesuatu barang dan ianya sangat mudah terdedah dengan bakteria, sebaiknya anda berhati-hati jika mahu memasukkan jari ke dalam alat sulit anda.

Bersihkan alat sulit

Suami dan isteri disarankan agar membersihkan bahagian sulit masing- masing dengan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan intim. Menurut saranan doktor, amalkan membuang air kecil dalam lingkungan 30 minit selepas melakukan hubungan intim bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

Bersihkan alat sulit selepas membuang air besar

Ketika haid, anda dikalangan anda yang tidak kerap menukar tuala wanita, itu adalah sangat bahaya. Anda disarankan agar kerap menukar tuala wanita terutamanya pada hari-hari yang berlaku pengeluaran haid yang banyak. Hal ini kerana darah adalah elemen yang menyebabkan kuman mudah membiak.

Penjagaan alat sulit adalah sangat penting, jika anda tidak menjaganya dengan baik, kemungkinan anda akan mengalami keputihan yang sangat teruk dan berbau!

Sumber: Intrend.com.my

The post Penjagaan Miss V Pengaruhi Kecantikkan Luaran & Dalaman Wanita appeared first on Aliff Channel.