Pengalaman rawatan muka di HANNAN MEDISPA AMPANG

Assalamualaikum…
Haa.. bercerita mengenai penjagaan wajah ni memang takkan cukup 40 hari 40 malam tauu ! Macam-macam lah. Ramai yang bertanya, apa produk yang Nisa pakai.. apa tabiat penjagaan kecantikan Nisa.. Well, sejujurnya takde lah strict sangat, cumanya Nisa memang maintain produk yang dirasakan serasi dan juga setiap bulan wajib manjakan wajah di tempat medispa. Kenapa Nisa pilih medispa ???
Sebab MEDISPA dan spa sangat lain tau. Kalau spa tu boleh lah nak urut badan ke kaki ke apa (banyak kepada penjagaan badan juga), kalau medispa ni, apa rawatan yang dilakukan pastinya berlandaskan terma medikal. Analisis wajah, rawatan yang diberikan, hingga kan kepada peralatan yang digunakan semuanya terkawal, di bawah terma MEDIKAL. Gituu. Takdelah main tadah je muka kan?
Untuk rawatan wajah bulan ni, Nisa berkunjung ke HANNAN MEDISPA AMPANG. Honestly, ini pertama kali Nisa berkunjung ke sini. Agak berdebar pulak haha ! Boleh gitu ? Sebelum Nisa senaraikan first impression Nisa dan sedikit review mengenai fasiliti yang ada, jom baca sikit latar belakang mengenai Hannan Medispa Ampang.


HANNAN MEDISPA AMPANG

  • Hannan Medispa diasaskan oleh Dr Hannan Mohd Yusof (yang baru je terima anugerah di Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017 beberapa hari yang lepas) – memfokuskan kepada rawatan untuk jerawat, wajah, terapi pigmentasi dan slimming.

  • Kini mempunyai 17 cawangan secara keseluruhan di Semenanjung Malaysia

  • Hannan Medispa Ampang memfokuskan kepada rawatan : penjagaan wajah, menguruskan badan, terapi badan, terapi pemutihan, terapi kaki dan kuku serta waxing.

  • Analisis wajah dan konsultasi akan diberikan kepada pelanggan untuk memastikan semua pelanggan mendapatkan rawatan yang terbaik mengikut kondisi kulit wajah masing-masing.

  • Puan Narqes ni mula-mula buka Hannan Medispa cawangan Bangi sebagai co-owner dengan sorang doctor pada tahun 2016. Lepas tu, dia decided untuk start her very own branch (bersama-sama suami dia yang seorang lawyer, En Radziq). Maka bermulalah perjalanan usahawan muda ini dengan cawangan pertama, Hannan Medispa Ampang. Today, power couple ni dah ada 2 cawangan. Yang first di Ampang dan yang 2nd di Rawang.

  • Pn Narqes merupakan graduan di dalam bidang farmaseutikal dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun di dalam bidang berkaitan. Dia memang expert bab products registration, medical certifications dalam farmasi so dia tau produk apa yang elok dan yang mana patut dijauhi. Kan sekarang banyak sangat case orang sakit sebab nak cepat cantik pastu pakai produk yang tak diiktiraf. Mintak simpang lah.

Sampainya Nisa di perkarangan Hannan Medispa Ampang ni, buat Nisa tertanya-tanya.. “Apa betul aku di lokasi yang sebenar ?” Nisa termangu seorang diri lagi. “Eh macam banglo, rumah orang.. betul ke ni ?” Ternyata Nisa memang sampai di lokasi yang betul. Cumanya, Nisa sangat impressed dengan lokasi Hannan Medispa Ampang ni sebab sangat eksklusif ! Mana taknya… medispa ini terletak di dalam sebuah banglo yang cantik !

KEMUDAHAN SEKITAR HANNAN MEDISPA AMPANG :

  • Tapak parkir kereta yang luas dan banyak. Tak payah risau nak park kereta kat mana, sebab di sebelah banglo ada tapak parkir kereta private untuk Hannan Medispa Ampang.
  • Suasana yang eksklusif, medispa ini dalam sebuah banglo, memang environment ala-ala di rumah. Sangat homely tau. Nisa suka !
  • Susun atur di bahagian dalam yang tidak terlalu sarat, tetapi menyediakan ruang menunggu yang selesa.
  • Terdapat ruang ringkas untuk anak-anak bermain sementara pelanggan mendapatkan rawatan.
Di saat Nisa melangkah masuk ke Hannan Medispa Ampang, Nisa disambut mesra oleh staff mereka. Lepas tu semestara menunggu dan isi borang, Nisa dihidang dengan teh dan biskut. Memang tip top lah layanan haha ! Seronok rasanya.. Nak buat rawatan muka pun main excited. Kali ni Nisa pergi buat rawatan wajah dengan kawan blogger, Uzu Emas Putih
Tidak lama kemudian, kami berdua dipanggil masuk ke bilik konsultasi untuk analisis wajah. Haa yang mesin besar tu untuk kita letak muka kita, lepas tu wajah kita akan di-scan dengan mendalam. Haa ala-ala amik gambar passport tapi versi muka sahaja okay. Hahah !
Wajah yang dah di-scan menggunakan mesin khas itu tadi kemudiannya akan terpapar di skrin komputer dan analisa pun  bermula. Dari kondisi luaran hingga ke dalaman, pelanggan akan diterangkan satu persatu hingga kita faham apa masalah sebenar wajah kita. Berminyak sangat ke, kering sangat ke, banyak pori je, banyak dark spots ke.. semualah ! Haa part ni Nisa suka, sebab bila kita aware dengan keadaan sebenar kulit kita, maka kita pun akan dapat pencerahan mengenai rawatan apa yang kulit kita PERLUKAN. Pelanggan juga akan dinasihatkan untuk menggunakan produk yang sesuai.
Percaya tak, banyak jugak orang yang menghadapi masalah kulit di luar sana sebenarnya pakai produk yang kurang sesuai dengan kulit wajah masing-masing ? Sebab tu tak boleh beli produk sebab tengok orang lain pakai okay.. kita kena tahu kondisi sebenar wajah, lepas tu pakai produk yang BETUL dan SESUAI.
Lepas sesi analisis dan konsultasi, Nisa dibawa ke bilik rawatan. Memang selesa dan bersih bilik-bilik rawatan di Hannan Medispa Ampang ni.. Haa nampak tak sempat Nisa skodeng haha ! Tenang je rasa.. Sempat la feeling-feeling dulu sebelum memulakan rawatan.
Oriteee.. jeng jenggg masa untuk Nisa ceritakan dengan telus mengenai pengalaman Nisa sepanjang rawatan wajah berlangsung. Haaa baca betul-betul ye para pembaca sekalian.
  • Pertama sekali, Nisa dah selesa dah dengan environment medispa ni yang sangat homely dan dalam pada yang sama eksklusif jugak.
  • Kedua, Nisa suka dengan layanan staff-staff Hannan Medispa Ampang ni, friendly sangat.
  • Beautician yang bertanggungjawab buat rawatan pada wajah Nisa (sorry sangat tak ingat nama !) sangat mahir tau. Kita boleh rasa dia picit-picit muka tu betul-betul. Haha Nisa suka ! Masa proses cuci wajah dan sebagainya.. memang selesa dan best sangat ! Lepas ni datang nak request staff di dalam gambar ni lagi boleh la ya ?
  • Kemudian, as the staff buat rawatan step by step, dia akan terangkan jugak dia nak buat apa. Tapi rasanya halfway rawatan Nisa dah selamat tidur dah haa ! Kah kah kah. Selesa sangat diknonn !
  • Kemudian mesin yang digunakan ni bukan jenis mesin sembarangan okay ! Mesin ini mesin khas di dalam bidang perubatan so tak semua spa / tempat facial boleh ada mesin ni. Tapi di Hannan Medispa Ampang ada sebab medispa ni menjalankan rawatan yang selamat dan berlandaskan medikal haa. Paham ke idok ?
Allahu ! Jangan terkejut jangan terlompat ! Hahahaa… ini dia iron man mask ! Untuk wajah Nisa yang kulit kering ni, Nisa mendapatkan rawatan Elsa Silk Peel. Rawatan ni khas untuk membuang sel kulit mati di permukaan wajah, boleh kecutkan jerawat jugak tau ! Haa so lepas rawatan ni, memang boleh nampak sangat muka Nisa dari kusam je masa sampai, dah kelihatan agak segar dan bermaya. Serius suka sangat tauu !!

Alhamdulillah… Nisa dan rakan blogger Nisa masing-masing berpuas hati dengan rawatan yang kami masing-masing dapatkan di Hannan Medispa Ampang ni tau ! Nisa nak rekemen dekat semua pembaca supaya anda semua cuba rawatan di sini. Memang sangat SELESA dan PUAS HATI lah ! Nak cerita panjang pun, baiklah kalian sendiri mengalaminya gituu.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, perkhidmatan dan lokasi boleh ke link-link berikut :

LAMAN WEB http://hannanmedispa.com.my/

TELEFON 013-263 5007 / 03-42656442




NISA KAY.