Peminat Pasti Teruja Dengan Kemunculan Playstation 5 Yang Agak Unik

Sony PlayStation 4 masih lagi merupakan konsol yang terbaik sehingga kini, namun telah beredar khabar angin mengenai Sony PlayStation 5 bakal muncul dengan gaya yang lebih menarik.

Terbaru, sebuah rekaan konsep telah dikeluarkan yang memperlihatkan reka bentuk Sony PlayStation 5. Lihat gambar rekaan konsep Play Station 5 berikut ini.

Dipercayai, Joseph Dumary selaku pereka konsep Sony PlayStation 5, DualShock 5 atau controller bagi Sony PlayStation 5 bakal disertakan dengan skrin sesentuh dan pengimbas cap jari.

Selain itu, DualShock 5 ini hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar membolehkan DualShock 5 ini sentiasa di cas. Berikut merupakan antara gambar bagi rekaan konsep PlayStation 5.

Dijangkakan Sony PlayStation 5 bakal mula dijual seawal 2020. Buat anda yang sudah lama berhajat untuk mendapatkan konsol terbaru atau upgrade konsol sedia ada, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mula menabung sebelum mendapatkannya tidak lama lagi.

The post Peminat Pasti Teruja Dengan Kemunculan Playstation 5 Yang Agak Unik appeared first on Aliff Channel.