Payudara Kecil? Ini Nasihat Alicia Amin Buat Para Wanita

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa model yang kini bergelar pelakon,Alicia Amin mengambil langkah dengan tidak mempedulikan komen-komen negatif dari sesetengah pihak yang cuba menjatuhkannya.

Alicia Amin Kalis Benci

Nama Alicia Amin menjadi sebutan sejak kebelakangan ini. Manakan tidak, selepas menjadi finalis Asia Next Top Model musim kelima, Alicia turut dikaitkan dengan kontroversi bahawa beliau sengaja menunjukkan gambar-gambar lama beliau yang seksi. Tidak mudah melatah dengan kejian dan kutukan dari netizen, Alicia lebih suka untuk mengabaikannya.

Tular Gara-Gara Pengakuan Payudara Kecil

Semalam, kecoh di media sosial apabila Alicia mengaku mempunyai ‘buah dada kecil’. Namun pengakuan berani itulah bukanlah sengaja ditimbulkan kerana Alicia berbuat demikian dek kerana terdapat netizen yang mempertikaikan anggota fizikal nya itu. Malah kami tidak menolak, isu ini terjadi kerana semalam juga merupakan Hari Kanser Payudara Sedunia.

 

Turut mengambil langkah ‘tidak peduli’ Alicia sebaliknya berbangga dengan dirinya malah dengan kelebihan yang beliau miliki, Alicia berjaya buktikan kejayaannya di pentas antarabangsa. Tahniah Raja Alicia Raja Amin!

 

Sumber; Hangat.com via beritasteady

The post Payudara Kecil? Ini Nasihat Alicia Amin Buat Para Wanita appeared first on Koleksi Gambar Pelik.