Pasi (Dakwat) Sotong Adalah Najis ?

Kecoh di laman Facebook perkongsian resepi masakan popular tentang perkongsian seorang ahlinya, Sotong Masak Hitam, yang menimbulkan pelbagai persoalan ramai, apakah hidangan itu selamat untuk dimakan?

Gambar yang dimuat naik seorang individu bernama Riah mendakwa, sotong itu dimasak dengan pasi (dakwat) sotong yang menjadikan hidangan itu nampak kehitaman. 
Beberapa netizen yang lain turut mengakui pernah memasak dan memakan hidangan itu. Malah, mereka mengakui resepi itu sedap tak terkata. 
Bagaimanapun, semakan beberapa netizen yang lain di laman e-Fatwa mendapati, pasi sotong adalah najis kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama. 
Cecair itu juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan sotong dan orang yang mempunyai selera normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut.

Bagaimanapun, pencarian melalui enjin pencarian Google mendapati maklumat berkenaan pasi sotong pernah disiarkan di laman e-Fatwa. Namun apabila ditekan, tiada sebarang maklumat yang dipaparkan.
Sumber, Darulnuman
Menurut laman Darulnuman.com pula, hukumnya pula adalah makruh kerana dibimbangi cecair itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan.
VIA – The Reporter