Netizen Puji Kecantikan Ibu Emma Maembong Persis Elsa

Semalam, pelakon Emma Maembong telah memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya selepas menghadiri tayangan premier filem pertama adiknya Chacha Maembong, Im Not A Terrorist.

Di dalam gambar tersebut kelihatan kedua-dua adik beradik ini bersama ibu mereka, Yatimah Zainab/ Janet Isa yang berasal dari Scotland.

Rata-rata netizen memuji kecantikan ibu mereka malah ada diantaranya turut menyamakan ibu mereka seperti Puteri Elsa di dalam filem animasi Frozen.

Tidak hairanlah adik-beradik mereka semuanya cantik dan kacak kerana mewarisi darah kacukan ibu mereka

Walaupun berasal dari Scotland, ibu mereka sangat fasih bercakap dalam loghat Terengganu. Menarik bukan?

Sumber: Instagram Emma Maembong 

Sumber : Hangat.com 

The post Netizen Puji Kecantikan Ibu Emma Maembong Persis Elsa appeared first on Koleksi Gambar Pelik.