“Nak kena boikot macam hajjah zouk ke?…” – Netizen dakwa Vivy Yusof mula berimej turban?

Sebut sahaja nama Vivy Yusof, pasti ramai yang mengidam-idamkan kehidupan seperti wanita hebat itu. Walaupun baru berusia 30 tahun, pengasas Fashion Valet itu adalah antara usahawan Malaysia yang berjaya mengecapi kejayaan dalam usia yang muda.

Terbaru, ibu kepada dua orang anak itu telah menukar imejnya yang manis berselendang ke fesyen melilit turban melalui beberapa rakaman video di laman media sosial.

Menerusi Instagram milik seorang jurumekap artis, dia telah memuat naik video yang kelihatan Vivy sedang menggunakan turban yang dibantu oleh beberapa orang kru di situ.


Perkara itu menarik perhatian netizen untuk meninggalkan komen yang rata-rata berasa kecewa dengan perubahan penampilan yang mendadak oleh Vivy dan mereka lebih menyukai penampilan sebelum ini yang lebih menutup aurat.

Pakai la labuh sikit

Kenapa tukar style?

Malu tengok

Namun tidak kurang ada juga yang menyamakan penampilan berkenaan tidak ubah seperti pelakon dan pengacara popular, Neelofa yang sinonim dengan imej berturban serta menyatakan hasrat mahu memboikot jenama tersebut.

Macam Neelofa!

Jangan sampai kami boikot

Walau bagaimanapun, jurumekap artis berkenaan telah tampil memberi penjelasan bahawa penampilan Vivy itu hanyalah sekadar untuk menjayakan ‘photoshoot’, dan bukannya dia merubah penampilan imejnya.

“But, dear mama valet’s fan, this is juz for a shoot, not her everyday’s look. Please don’t take it too serious ya. Peace y’all.” katanya menerusi kapsyen.

Sumber : Sheng Saw