“Malaikat tak masuk rumah kalau macam ni…”- Rumah agam ada patung, Aliff Syukri panas telinga kena sound direct daripada…

Skroll bawah untuk tonton video penuh.

Rumah agam usahawan kosmetik, Datuk seri Aliff Syukri telah siap sepenuhnya beberapa minggu lepas dan beliau kini sedang menyusun atur kelengkapan parabot untuk memberi keselesaan kepada keluarganya itu. Rumah yang dikenali sebagai Palace Aliff Syukri itu juga mempunyai 30 buah bilik yang terletak di Petaling Jaya.

Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang melihatkan beliau telah membeli dua buah ukiran patung sebagai hiasan luar rumahnya. Walau bagaimanapun, hiasan tersebut telah mendapat teguran dari netizen kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan berlaku syirik kepada Allah SWT meskipun hanya sekadar hiasan.

Menerusi video tersebut, Aliff memberitahu patung berkenaan adalah sebagai simbolik keselamatan yang melihatkan patung seperti tentera Yunani mengenakan alat senjata iaitu lembing dan perisai.

Namun, hiasan tersebut telah mendapat teguran dari netizen kerana ia bertentangan dengan agama Islam.

Menyerupai patung berhala.

Malaikat tak masuk rumah yang ada patung.

“Jangan teruskan niat Datuk untuk letak patung tu…”

Sumber : Datuk Aliff Syukri Via KRT