Kurang Ajar ! Ini Kisah Sebenar Jemaah Masjid Pukul Pemandu Kereta Cina ! Patut la, memang dah agak pun !!!!

Sedang tular sekarang ini, satu video yang memaparkan jemaah masjid memukul pemandu kereta Toyota Camry (putih) berbangsa cina secara beramai-ramai di Austin Perdana, Johor Bharu.

Hasil maklumat awal, kejadian itu berpunca apabila pemandu cina berkenaan membunyikan HON tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah, dari bermula sembahyang jumaat hingga selesai solat.

Tindakan pemandu Toyota Camry itu membunyikan hon dipercayai gara-gara keretanya tidak dapat melalui kawasan tersebut ekoran dihalang beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar masjid itu.

Usai solat Jumaat selesai, ahli jemaah menyerbu kereta berkenaan kerana tidak menjaga sentiviti agama. Pemandu cina itu cuba untuk melarikan diri hingga hampir melanggar sekumpulan jemaah itu.

Sebelum itu, para jemaah sudah cuba menegur perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu secara baik, namun tidak diendahkan.

Keadaan makin kecoh apabila para jemaah berang dan bertindak menyerang kereta pemandu Toyota Camry itu hingga pecah cermin belakang. Malah tidak cukup dengan itu, pemandu cina berkenaan yang memakai baju berwarna merah turut dibelasah teruk menggunakan kon apabila dia keluar daripada kenderaannya.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 520,000 tontonan di facebook, ‘Malaysian Response Team‘ selepas dua jam dimuat naik.

“Kereta Camry putih ni tak lepas nak lalu sebab jalan depan masjid sempit. Orang parkir di kiri dan kanan jalan. Pemandu ni Cina, dua lelaki dan dua perempuan,” kata seorang lelaki yang mendakwa sebagai saksi kejadian.

Tambahnya, lelaki Cina tersebut masih membunyikan hon biarpun waktu solat Jumaat sudah selesai.

Ahli jemaah masjid Austin Perdana telah membuat laporan polis mengenai insiden itu di Balai Polis Setia Indah.

Jurucakap polis Setia Indah mengesahkan telah menerima laporan, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, punca kejadian masih lagi disiasat.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:

UPDATE – BUKAN SEKADAR BUNYI HON, TAPI TURUT LANGGAR DAN TUNJUK ISYARAT LUCAH

Laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azlan Ab Salam, 29, di Balai Setia Indah, jam 3.52 petang tadi menjelaskan, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.45 petang semasa beliau sedang solat di Surau Austin Perdana, Jalan Austin Perdana 4, Taman Austin Perdana Johor.

“Terdapat sebuah kereta jenis Toyota Camry nombor pendaftaran JNM5665 yang dinaiki dua lelaki dan perempuan bertindak membunyikan hon secara berterusan kerana mahu menggerakkan kereta mereka.

“Setelah selesai solat, saya keluar dari surau untuk menenangkan lelaki berkenaan dan memintanya menghormati orang Islam yang sedang membaca doa.

“Namun lelaki berkenaan tetap membunyikan hon keretanya dan menunjukkan isyarat lucah kepada orang yang berada di surau. Pihak surau cuba memberi lelaki itu laluan untuk keluar dan beliau seperti tidak sabar, terus menekan pedal dan telah melanggar sebuah kereta yang lain berada di depannya.

Kemudian dia bertindak mengundurkan keretanya secara mengejut dan telah melanggar seorang lelaki berumur lingkungan 50-an yang sedang melintas jalan. Dan terdapat beberapa lagi mangsa pelanggaran yang dilakukan oleh lelaki berkenaan yang berada di belakang keretanya,” tulis Khairul dalam laporan polisnya itu.