Kerja Dari Rumah vs Kerja Dari Office

Hi

Dah dekat sebulan operate dari office since emmmmm rumah dah macam apa. Barang makin hari makin banyak sebab stok berganda ganda simpan. Dari simpan satu bilik dah meleret sampai ruang tamu atas, lepas tu meleret2 sampai bilik lain. Sampai bilik master bedroom pun ada barang. Sampai kat tangga2 semua ada barang. Bila masuk rumah rasa stress, patut masuk rumah rasa tenang hahaa tapi kita stress. Dapur pun penuh barang waawaaa. hehhh. 

So finally setelah berfikir terlalu lama, step pertama is i hantar Adam sekolah dulu. Plus Adam dah nak masuk 3 tahun, kesian kat dia sebab takde geng sangat. At least pergi playschool dapat jumpa kawan ramai.  Then Adam dah masuk sekolah, lega banyak . Good for him, and good for me. Next year Noah join sekali playschool. Noah duduk rumah pun okay sebab dia main sendiri and ikut je bontot kita. 




Sejak pindah office, bibik siap tegur la , “sekarang awak kurang marah ya ! Udah kurang srett sreett ish kesana sini”  ( srett srett ish tu bunyi i berdengus lah kot. Entah masa bila i berdengus camtu T_T )

Sangat productive. Sebab dah tahu ok esok pukul 8.15 pagi hantar Adam then terus masuk office. Nak susun buat apa semua. Bangun pukul 6 then prepare barang2 Adam dan list kan dalam diary apa nak buat today. Then dalam kepala  “oi namee hari ni kau kena habiskan kerja yang ditulis ni semua ya ! ” . 

Kerja laju. Once kerja dah mula akan terus berjalan. Momentum naik naik naik terus naik.  Bila satu kerja dah siap, akan terus follow list yang dah tulis pagi tadi nak “THINGS TO DO TODAY ! Lain kalau kat rumah, baru open laptop anak sorang dah menangis. Dah settle pujuk, duduk balik nak buat kerja then anak lagi sorang ajak main air kat sinki. Nak sorok diri dalam bilik, hati x tenang pulak sebab kita dengar anak nangis kat bawah. Hati mak mak, mana yang tahan dengar anak nangis. Mesti nak turun bawah sibuk tanya “nape tuuuu?” . Lepas tu kelaut tak jadi kerja. 

Teamwork . Banyak idea dan otak cepat berfikir. Dalam ofis semua orang senyap buat kerja. time menyembang tu yela menyembang. Kalau time fokus tu semua buat kerja sendiri je. I punya work scope lebih kepada marketing. Masa selebihnya pembahagian tugas kat staff. I nak macam ni macam tu so diorang buat jela.  Sebab skang ada  staff yang kerja long distance reIationship , so kita wassap bincang2 dalam email je. Kalau kat rumah dulu nak open laptop pun xde masa, apa lagi nak bincang panjang2 dalam email tu. Then how nak deliver work task to staff ? 

Me time. Dah penat bekerja, boleh turun lunch kejap. Boleh kunyah slow2 telan. Nak pergi toilet, silakan. Kalau kat rumah i makan sambil jalan haha tangan sebelah dukung anak. Siapkan makan diorang je, suap then sambung main dan bagi diorang tidur. Memang tak jalan satu pun kerja . Boleh pakai melawa makeup2. confidence level pun naik. 

Sangat2 kurang marah. Sebab kurang frustration. Bukan sebab anak ni membebankan tapi sebab tahu tanggungjawab kita kena siapkan kerja and tanggungjawab pada anak and rumah. Tapi nak sempurnakan task tu penuh sangat liku2 . Kalau dulu nak lipat kain pun xde masa sebab most of the time memang i layan anak2 je sebab diorang memang nak bermanja. Bila xde masa, makanya tengah malam la buat kerja. Sah sah la x cukup tidur and zombi . Emosi pun x stable. Skang dah susun cantik, jarang la nak marah sangat.

Bukanlah i anggap anak ni membebankan. Cumanya kalau yang memang perlu bekerja tu, kalau anak kecik lagi lupakan dulu if ada niat nak work from home.Better kerja dari luar, i mean kerja kat office tu.  Ramai yang i kenal eventho diorang work from home pun tapi anak masih tinggal nursery sebab memang tak boleh nak buat kerja serentak. Nanti kita stress anak pun akan stress. Kalau kerja yang x bebankan sangat xpela, kalau kerja yang dah macam orang kerja 24 jam, better dont. Lagi kalau macam i ni dua anak kecik lagi. Kalau korang ada anak yang besar2 dah xpe boleh tolong ngasuh adik atau boleh tolong banyak benda. 

Plus bukan semua orang sesuai duduk rumah di dalam satu environment yang sama setiap hari. 


Ramai tanya  , kenapa i kena kerja lagi padahal husband kan dah kerja.I perlu kerja since i pun ada keinginan nak balas jasa mak bapak. Takkan duit poket mak bapak pun i nak minta husband. Nanti x bagi duit poket, mak i merajuk tauu jangan main2.  Plus i dont prefer bila hujung bulan duit cukup2  .Lagi zaman gst ni kalau gaji 5 angka pun cukup2 je lagi2 duit ringgit Malaysia dah makin jatuh ni. Selalu terfikir hal orang susah. Plus kalau i kerja boleh tolong orang jugak.

Dont feel guilty kalau memang terpaksa kerja sebab nak sama2 cari duit tolong suami. Apa yang i selalu buat is, bila balik rumah petang terus mandikan tukar baju budak2 ni kasi makan.Then lepas pukul 830 akan main mainan dalam 2 jam dengan budak2 ni. Then ajak gosok gigi and naik atas tidur. Cuba cari few hours untuk quality time untuk buang rasa serba salah sebab ‘i have to work sayangku”

bak kata bibik no more ‘srett sreett ish’ . 



Toodles