Kenapa Masih Ada Yang Tidak Dapat BR1M? Update Terkini Tentang BR1M Samada Anda Sudah Dibayar FASA 1 Atau Tidak? Inilah Sebab Kenapa Brim Tak Masuk

Kenapa Anda Masih Tidak Dapat BR1M? Ini Update Terkini Tentang BR1M Samada Anda Sudah Dibayar FASA 1 Atau Tidak? Jika Tidak Sila Lihat Sebab Ini

Sukacita dimaklumkan tarikh pembayaran BR1M 2018 untuk fasa 1, telah dikreditkan pada petang 19 Februari 2018 (Isnin) . Sila buat semakan di Bank yang telah didaftarkan dan boleh gunakan duit bantuan kerajaan untuk meringankan sedikit beban atau duit belanja. Jangan beli iphone pulak.

KENAPA BR1M TIDAK MASUK? SILA SCROLL KE BAWAH

Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kategori Isi Rumah/E-Kasih

Jumlah BR1M RM1200

Pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah (termasuk warga emas)

Fasa 1 Fasa2 Fasa3

RM 400 RM 400 RM 400

_Feb 2018 _ Jun 2018 _ Ogos 2018

Pautan Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Kategori Isi Rumah 2

Jumlah BR1M RM900

Pendapatan kasar bulanan RM3001 hingga RM4000

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3

RM300 RM300 RM300

_ Feb 2018 _ Jun 2018 _ Ogos 2018

Pautan Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Kategori Individu Bujang

Jumlah BR1M RM450

Pendapatan kasar bulanan RM2000 ke bawah

Tarikh Wang Dimasukkan

_ Feb 2018

Aplikasi Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Penerima BR1M daripada semua kategori telah dinaikkan seperti dalam jadual di atas. Peningkatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri menunjukkan beliau sangat prihatin kepada keperluan rakyat semasa. Walaubagaimanapun, beliau menasihatkan agar rakyat yang telah menerima bantuan tersebut membuat perbenjaan berhemah dan jimat cermat.

Berikut Sebab Duit BR1M Lambat Masuk Akaun

Berikutan pengumuman kerajaan mengenai Banturan Rakyat 1Malaysia untuk mereka yang layak, semua pemohon haruslah mengemaskini maklumat melalui Online atau Manual di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bagi pemohon yang pernah menerima BR1M sebelum ini namun wang masih belum dikreditkan ke akaun pada tarikh yang diumumkan, pemohon haruslah semak punca masalah duit BR1M lambat masuk yang disenaraikan ini.

1) Hilang kelayakan berdasarkan kategori

Pemohon berubah status dari bujang ke berkahwin (isi rumah). Pendapatan pasangan harus dikemaskini.

Pendapatan pemohon melebihi RM4000.00

2) Tidak melakukan semakan dan kemaskini yang tepat

Pemohon menyembunyikan maklumat peribadi. LHDN mampu mengesan (trace) kesemua makluman pemohon termasuklah pendapatan pasangan sekiranya pemohon telah berkahwin.

Gagal menghantar borang mandatori untuk kemaskini ke pejabat LHDN seperti surat cerai, surat kematian, sijil kahwin dan sebagainya.

3) Memberikan nombor akaun bank yang salah

Terdapat pemohon yang memberikan akaun bank salah selepas membuat kemaskini maklumat peribadi melalui online.

4) Pemohon telah berstatus pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

Bagi mereka yang menyambung pelajaran meskipun pernah menerima BR1M sebelum ini (ketika tempoh bekerja/menganggur).

5) Server bank yang mengalami masalah online

Apabila tiba masa pengkreditan wang ke akaun penerima, wang itu akan disalurkan ke seluruh penerima yang menggunakan pelbagai jenis bank. Akan berlaku masalah online ATM (Under Maintenance) di cawangan yang digunakan.

Proses mengurus permohonan dan mengkreditkan duit BR1M ke akaun penerima bukanlah mudah kerana tugas tersebut juga dilakukan oleh manusia. Oleh itu akan berlaku beberapa punca masalah duit BR1M lambat masuk seperti senarai di atas.

Bagi mereka yang ingin membuat aduan kelewatan duit BR1M, boleh terus menghubungi hotline LHDN atau terus hadir ke pejabat LHDN terdekat. Jangan tanya ATM atau kaunter bank. Itu bukan kerja mereka.

Talian Bebas Tol LHDNM : 1 800-88-2716

Kementerian Kewangan : 03 8882 4565 / 03 8882 4566

Sumber : himpunanseribulike