Kenapa awak tak secantik Nora Danish?

Hi

Itu hari ternampak viral satu kisah suami tanya pada isteri “kenapa awak tak cantik macam Nora Danish ? Nora Danish ni dah beranak , berumur pun tetap cantik. ” 

Pastu tetiba i termenung sambil duduk di depan laptop sambil perut terkelepet sebab baru lepas pelahap lunch pastu sambung kunyah jajan lagi . Pastu imagine kalau suami i tanya i “kenapa awak x cantik macam Amyra Rosli atau Nora Danish”. ..pastu emo. hehhh nak bezakan artis dengan isteri  ? 

Sebelum bersalin, pinggang i 24inche. Masa pregnant takyah cakap lah pinggang ni mengembang macam mana. Punggung i 46 ogayyyy dari 35 inche.  Power betul kuasa Maha Pencipta mencipta badan wanita yang boleh mengembang dan support kandungan sampai 9 bulan. Lepas bersalin perut yang dikembangkan masa mengandung, jadi lembik. alaaah macam belon yang ditiup penuh sampai regang pastu acah2 nak main getah terbang,  lepaskan belon angin phewww lalu belon terbanggg roket . Bila dah habis angin, belon jadi lunyai regang kan? Apa lagi kita orang perempuan yang dah stretch sebulat2nya . 

Nak balik ke bentuk asal perlukan masa. Kalau nak cepatkan proses perlu sedikit duit untuk krim2 slimming untu percepatkan pengecutan lemak tapi nak beli krim nak kena ada duit. Lagi best dapat spend duit masuk gym dan ada lagi duit untuk upah personal instructor. Confirm cepat kalau ada personal instructor. Kalau nak jimat , suami sendiri pun boleh jadi personal instructor. eh lagi syok kalau suami sendiri bagi semangat dan jadi coach ! Kalau nak pinggang jadi kerengga dalam masa cepat tapi perlukan duit boleh try corset . Cuba jenama beautiful yang ada infrafred membakar lemak ! Mak i dulu guna yang itu. Lagi best dapat masuk slimming centre tapi makan puluhan ribu . Eh duit lagi. 

Makanan harian boleh digantikan atau diambil dengan supplement untk cepatkan pembakaran lemak dan supplement yang boleh buat kita kenyang kuranng nafsu pelahap. eh tapi duit lagi . Kalau dapat beli makan buah buahan hari2 buat juice pun best jugak tapi duit lagi . Kalau dapat beli mesin slow juicer minum air buah epal hijau hari2 best jugak eh tapi duit lagi. Selulit sana sini perlukan cream juga . eh duit lagi. 

Boobies yang tersedia bergetah pun boleh jadi kurang kekenyalan lepas bersalin dan bila menyusu anak. Sama juga la perumpamaan macam belon tadi. Nak anjal balik, banyak krim anjal dijual dan personal instructor boleh bantu ajar senaman yang boleh naikkan apa yang dah turun hehh paling sopan dah ayat i tulis ni hihihihiih. eh tapi duit lagi.  I salute mak mak yang gigih usaha menyusukan anak. Susu kan anak bagus untuk baby dan jimat belanja bulanan. Wah betapa hebatnya isteri2 anda yang meyusukan baby.  Anak sihat, poket selamat lagi nak petpetpet kendur whatzehel ni. 

Lepas bersalin , hormon x stabil. rambut makin gugur. Nampak rambut nipis sangat. Banyak rawatan rambut yang ada dan produk yang membantu melebatkan rambut. eh tapi perlu duit lagi. Yang i perasan, i sendiri rambut jadi kasar lepas bersalin . Ada la beli shampoo harga ratus2, eh duit lagi. Ada serum anti hair fall , eh duit lagi.  Nak jimat, guna home remedies je tapi nak beli2 bahan2 home remedies pun ‘eh duit lagi’. 

Bila dah usia 25 ke atas, dan bersalin , collagen dalam badan dah makin berkurang. Dari situ lah mula rambut gugur, pori terbuka, kulit kedut2 halus, kulit lembik…Makanya perlu topup collagen dan vitamin yang perlu untuk maintain kan keanjalan dan kesinaran kulit. Banyak supplement jual dari murah ke mahal. Supplement collagen n vitamin memang sangat wajib amik tiap2 hari. Duit lagi kan ? 

Paling ketara kuku2 jadi dah terkopek2 , kulit2 tepi kuku dah bercabang2. Masak, kalau tak pakai glove pegang kunyit ( selesa ke masak pakai glove hahaa)..makanya kuning la jari berhari2. Orang perempuan, macam2 yang dibuat dengan tangan ni . Perlukan lotion dan minyak untuk disapu seluruh badan supaya kulit dapat pelembap yang cukup. Perlu pergi manicure dan pedicure untuk kekalkan kecantikan kuku dan jari. eh tapi duit lagi. Semua boleh je nak buat sendiri dan home remedies, tapi duit lagi. dan paling penting we need me time. Masa nak buat pun terhad. Dah tu masa bila nya nak buat ?


Penat kerja , jaga anak dan rumah muka jadi kusam sebab badan penat. Seminggu sekali dapat facial , spa dan urut best jugak. Eh tapi duit lagi. Tapak kaki rekah2, kalau dapat pergi pedicure kaki urut kaki setiap bulan mesti kaki halus. eh tapi duit lagi. 

eh semua la eh duit lagi ? duit lagi sana sini. Jadi macam mana boleh nak dibezakan kita isteri orang kebanyakan dengan artis2 yang dah sememangnya perlu tampil untuk sentiasa nampak cantik .Bukanlah i kata perempuan xyah jaga kecantikan lepas kahwin tapi bukan untuk suami je tapi untuk diri sendiri jugak. 

Perempuan memang patut cantik dan jaga kecantikan untuk suami. But what we need is a motivation, time and …..of course duit ( eh duit lagi ) untuk kekal cantik. 

Sama jugak kalau suami mumuk, pun sama isteri mesti nak support kan ( alah tapi pompuan sellau x kisah sangat pun). Contoh i worry suami i mumuk takut sakit…so i hadiahkan dia ni.



tapi nanti tengah senam boring pulak, so ok la beli kan tv sekali. Pastu pasang lagi satu astro . hehh .  ( hint untuk senam seminggu 5 kali  khikihh)

Paling2 nak jimat kos pun, semua senaman ada dalam google dan tips pemakanan semua ada dalam google. Tapi bagi orang perempuan yang dah beranak ni, bilakah masa yang dia boleh buat ‘me time’ ? Sanggup tak korang suami bagi masa sambil tolong tengok kan anak untuk isteri tiap hari untuk ‘me time’ dia untuk buat senaman, manjakan diri etc . Ini mandi pun terkejar2  anak dah menjerit2 . Berak pun macam dah lupa “bukan i ada najis yang ingin disalurkan keluar ke tadi ekk?” . Tetiba lupa kan hahaa. Mandi pun terpaksa pakai baju sambil buka pintu. T_T Mana nak conditioner rambut , blow rambut. Suami kena gigih juga la tengokkan anak while wife nak 2 ke 2 jam buat hal .Tahu2 kenapa awak tak secantik Nora Danish ekk ?

Eh tetiba emo. Patut perenggan atas ni takde tapi sebab i emo terkarang lagi satu perenggan. Kalau exam ni kena buat rumusan ni mau markah i kena potong. ngehh. 


Toodles.