” Kantoi Buta!!! Gambar dan Video Lin Dan Selingkuh Ketika Isterinya Beranak….”

Suteru Badminton Lee Chong Wei..hari ini mengemparkan seluruh peminat dunia menerusi suatu portal dari media China yang mengatakan Lin Dan curang dan kantoi ada scandal dengan perempuan lain. Mari ikuti kisahnya dibawah :
Pemain badminton terkenal China, Lin Dan mengakui menjalinkan hubungan sulit selepas gambarnya dengan seorang wanita didedahkan oleh penulis blog tempatan. China.Org melaporkan, blogger yang dikenali sebagai detektif Zhao Wu’er menyiarkan beberapa keping gambar Lin Dan bersama-sama seorang wanita misteri menerusi blognya hari ini.
Blogger tersebut berkata, dia melihat wanita itu memegang tangan Lin Dan dan membawanya pulang ke rumah wanita tersebut sebelum menghabiskan masa selama dua jam bersama. Katanya, dia menemui Lin Dan bersama-sama dengan seorang wanita pada pertengahan September di sebuah restoran terkemuka.
Oktober lalu, juara badminton pada Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini mengambil bahagian dalam kejohanan badminton kebangsaan di Guangdong, China. Secara kebetulan, penulis blog tersebut melihat Lin Dan sekali lagi memikat wanita tersebut dan mereka berdua kemudian pergi ke hotel bersama.
Gambar keintiman Lin Dan dan wanita tersebut berjaya dirakam blogger tersebut dan dimuat naik dalam blognya sebelum tersebar di laman sosial terkenal China iaitu Weibo. Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika isteri Lin Dan, Xie Xingfang sedang sarat mengandung dan telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 5 November lalu.
Xingfang, 35, juga merupakan juara dunia dua kali pada kejohanan badminton dunia dan pasangan tersebut menerima jolokan pasangan emas China.Selepas pendedahan tersebut, netizen tempatan menyiasat identiti wanita yang menjalinkan hubungan sulit dan mendapati dia adalah seorang model dan pelakon, Zhao Yaqi.
Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak dan Lin Dan akhirnya mengeluarkan kenyataan meminta maaf dan mengakui kesilapannya.
“Sebagai seorang lelaki, saya tidak akan membuat alasan untuk diri sendiri, tetapi tingkah laku saya telah menyakiti hati keluarga.
“Jadi, saya ini memohon maaf kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan ringkas melalui laman sosialnya.
Lin Dan dan isterinya, Xie Xingfang, yang juga bekas bintang badminton berkahwin pada 2012 dan dikurniakan bayi lelaki pada 5 November lalu.
P/s : Laki-laki kat luar sana jangan cuba-cuba selingkuh ya..haha kalau nak kahwin lagi cara halal.