Kain sequin meriahhh dari LBRSMY ! Lace, beads dan macam-macam lagi…

Assalamualaikum…

Haa bila bercakap mengenai kain SEQUIN.. Pasti kita dah boleh membayangkan kain yang sangat cantik, berkilau memantulkan cahaya, tampak sangat sarat dan glamorous.. kalau buat baju atau skirt tu, perghhh konfirm kalau pergi kenduri kawen satu dewan akan menatapmu. Wahaha.. bukan main ye ! Sequin jugak banyak digunakan sebagai dekorasi di majlis perkahwinan, bilik tidur, sekitar rumah dan jugak dijadikan sebagai backdrop untuk mengambil gambar atau video !

Haaa.. nak kongsilah dengan pembaca blog Nisa… tidak lama dulu Nisa ada dapatkan kain sequin dari instashop LBRSMY ni ha.. bukan main ramai yang berminat apabila Nisa kongsikan di video-video dan juga instagram post. Rupanya ramai yang sedang mencari-cari kain sequin untuk dibeli. Kalau para YouTubers tu, kain ni buat backdrop kompem meletops ! Ambil gambar pun lawa sangat..

Kalau perasan warna backdrop kain sequin Nisa seakan berubah-ubah warnanya dalam setiap gambar. Haa kain sequin mempunyai kepingan berkilau yang memantulkan cahaya, memang kalau di bawah lighting macam ringlight dia nampak lain, di bawah cahaya matahari pun lain. Tapi pendek kata memang lawa sangat sangat ! Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai instashop LBRSMY di mana Nisa dapatkan kain sequin ni, teruskan membaca ya !
Haaa LBRSMY ni bermula sekitar 3 tahun lepas, oleh founder nya yang mesra dipanggil Kak Yong. Ewahh kemain ayat macam majalah. Hehehe.. Pada waktu tu Kak Yong masih bekerja dalam bidang IT, tapi beliau jual manik untuk pendapatan sampingan. Lepas 2 tahun macam tu, Kak Yong berhenti kerja sepenuh masa beliau untuk tumpukan perhatian kepada bisnes jual manik, lace dan sebagainya ni..
Kalau uols nak tahu, modal Kak Yong pada waktu tu dalam RM3000, tapi Kak Yong berusaha rolling modal untuk besarkan lagi perniagaan. Haaa kalau berbisnes ni kena disiplin tau korang ! Baru boleh expand bisnes dan stabilkan macam Kak Yong buat ni..
Kini LBRSMY dah ada kedai / showroom sendiri yang baru dibuka tahun ni.. Dah ada dalam 3 pekerja butik dan 1 pekerja khas ditugaskan untuk membalas whatsapp dari para customers. Yang paling menariknya, masa mula-mula berniaga, pembekal manis / lace dan produk lain dijual oleh LBRSMY semua bukan muslim / bumiputera. TAPI sekarang dah boleh dapatkan manik, lace, sequin dan batuan ni semua dari LBRSMY selaku pembekal bumiputera.
Secara tak langsung boleh bantu butik-butik, pereka fesyen dan ramai lagi mendapatkan bekalan manik dan lace secara langsung. Haa student UITM dan Giat Mara pun ramai yang jadi pelanggan tetap LBRSMY nii.
Haaaa.. berbalik kepada kisah kain sequin kita tadi… Ni kalau nak beli buat backdrop untuk photobooth DIY pun okay sangattt ! Meriah gituu ha ! Macam Nisa, Nisa gunakan backdrop sequin ni untuk video-video di channel YouTube Nisa dan jugak untuk selfie ! Hahaha.. Memang cantik sangat laa.. Ada beberapa pilihan di laman instagram LBRSMY yang boleh korang tengok mana berkenan..




Ini dia antara contoh Nisa gunakan sequin dari LBRSMY ni sebagai backdrop untuk video dan juga gambar. Gambar pakai baju merah tu Nisa guna available lighting, maknanya cahaya matahari lah. So warna sequin kat belakang tu nampak macam light blue. Kalau pic lain, Nisa gunakan lighting tambahan (Nisa guna ringlight), jadi ada shadow sikit dan backdrop nampak warna biru gelap sikit. Haa ni tengah fikir nak beli warna apa pulak kasi meriah Nisa punya video-video YouTube. Hehe.





Haa kepada siapa yang nak pergi ke butik / showroom LBRSMY ni, boleh la tengok peta di atas. Lokasi di Prima Duta ya.. Waze sahaja LBRS.. Haa nanti ada lah tu direction sampai ke depan pintu kedai ye ! Mana tahu ramai yang nak buat baju sendiri.. nak cari batuan yang lawa-lawa, lace, patch dan banyak lagi lah !


#1 LBRS turut menjual lace, beads, rhinestones serta pelbagai lagi. Dan rangkaian produk mereka berkualiti tinggi !
#2 Antara feedback positif yang sering diterima dari para pelanggan ialah harga jualan yang berpatutan, kualiti bagus dan servis yang mesra. Postage dilakukan setiap hari agar customer dapat barang mereka dengan cepat.
#3 Antara best seller dari LBRS ialah lace, rhinestones dan juga beads.
#4 LBRS sentiasa membawa masuk produk yang trendy dan terkini di pasaran. Up-to-date selalu !
#5 Pelbagai jenama terkenal turut memborong dengan LBRS ni kerana LBRS merupakan antara supplier bumiputera yang terbesar di Kuala Lumpur !





Untuk maklumat mengenai produk yang lebih lanjut, boleh ke :


Follow instagram LBRSMY : 
https://www.instagram.com/lbrsmy/

Follow instagram katalog LBRSMY :
https://www.instagram.com/lbrscatalog/
NISA KAY.