Jejak kasih dengan ‘ibu dari neraka’, remaja dibakar dan dibunuh kejam

Bukti mengerikan, itulah hakikat yang dikeluarkan hasil siasatan pihak polis berhubung penyatuan semula seorang remaja perempuan bersama ibu kandungnya di Missouri.

Jejak kasih yang diharapkan bertukar kejam apabila dia sebaliknya diseksa, dipaksa merangkak di kandang babi, lukanya digosok dengan garam dan akhirnya dibunuh serta dibakar bagi menghilangkan bukti.

Si ibu dari neraka Rebecca Raud, 39, ditahan oleh pihak polis Ozark Country berhubung jenayah yang dilakukannya terhadap Savannah Leckie, anak perempuannya.

Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh pihak polis, anaknya sebelum itu dijaga oleh bekas suaminya, 16 tahun sebelum diserahkan kembali kepada Ruud atas masalah rumahtangga suami beliau.

Rebecca Raud

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, Ruud membuka bisnes keluarga dalam penghasilan sabun bersama Savannah, anak perempuannya itu yang bersekolah di rumah.

“Savannah hanya bersekolah di rumah dan langsung tidak bergaul dengan orang luar,” nyata beliau.

Pihak polis mulai berasa curiga apabila Ruud melaporkan bahawa anaknya telah melarikan diri dari rumah namun tiada sebarang tanda-tanda Savannah meninggalkan rumah.

Apabila polis tiba hari yang berikutnya, Ruud telahpun meninggalkan rumahnya bersama teman lelakinya, lebih 100 batu ke Summersville, Missouri dan melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama pihak polis mengepung kawasan rumahnya.

Penyiasatan dilakukan secara teliti dimana pihak polis menjumpai kesan kebakaran dan tulang manusia yang dibakar menggunakan api bersuhu tinggi dipercayai menggunakan bahan kimia tertentu.

Mereka juga menjumpai sebuah kotak baju wanita berisi; rambut, pisau, pencincang daging dan dua botol berisi Sodium Hydroxide. Pihak polis yakin mereka berdepan dengan individu yang ingin menghapuskan bahan bukti jenayah terhadap Savannah.

Timbalan polis, Reed, percaya Ruud terlibat dalam plot pembunuhan Savannah dengan manghapuskan bahan bukti dengan membakarnya.

Ruud telah dibawa ke penjara Ozark County sejurus penyiasatan tersebut dilakukan dan disabit kesalahan atas pembunuhan tahap pertama dan kedua, mendera kanak-kanak perempuannya dan berusaha menyelindung jenayah yang dilakukan.

Individu yang terlibat secara langsung dalam aktiviti jenayah ini juga bakal dikenakan hukuman. Reed bakal dikenakan hukuman sampai mati, kata pihak polis dalam Ozark County Times.

Sumber: Washington Post