Inilah Sebab Kenapa Fans JDT Sangat Terbaek di Asia Tenggara….Wajib Baca

PENYOKONG HARIMAU SELATAN SENTIASA MENGAGUMKAN
Di JDT, kami menerima sokongan yang amat besar dari para penyokong Harimau Selatan kerana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menerapkan persefahaman bahawa kelab ini adalah milik penyokong. Penyokong juga adalah salah satu asas untuk sesebuah kelab bola sepak terus bergerak ke hadapan.
Hubungan yang rapat antara kelab dan penyokong penting bagi memastikan kelancaran kelab ini dan bukan sekadar mempunyai pemain-pemain yang terbaik sahaja di atas padang. Dengan sokongan padu yang sentiasa diberikan para penyokong, diharap JDT akan terus beraksi cemerlang di dalam setiap perlawanan mendatang kerana sorakan dan sokongan dari penyokong sentiasa ada untuk pasukan. Luaskan Kuasamu Johor.
Via JST