Ini Respon ‘WIN’ Intan Liana Tentang Isu Roti Telur MoveOn.. Hah!! AMBIK KAU UDE, BOLEH TAHAN PEDAS!!

gambar sekadar hiasan
Beberapa hari yang lalu, suami kepada Izreen Azminda iaitu Ude Wahid telah menjadi tumpuan ramai ekoran satu post di laman media Instagram miliknya.

Ude Wahid telah memuatnaik satu foto makanan sarapan roti telur yang disediakan oleh Izreen Azminda kepadanya.

Namun caption yang ditulis oleh Ude Wahid menjadi bualan ramai yang mana pemuzik ini dikatakan seakan menyindir Intan Liana.

Penggunaan perkataan move on oleh Ude Wahid seperti memerli bekas isterinya yang sering kali meluahkan rasa sudah move on.

Ini tulis Ude Wahid: “Nyum… Tq Izreen Azminda. Punye sedap sampai tak boleh move on. Kata roti telur move on.. Eh berapa banyak move on daaa”

Malam tadi, menerusi akaun instagram miliknya, Intan Liana telah memuat naik satu post seperti membalas komen kepada Ude Wahid.

Ramai yang beranggapan, ini adalah respon balas Intan terhadap posting bekas suaminya Ude yang viral baru-baru ini.

Apatah lagi Intan Liana ada menggunakan perkataan mantan.

Initulis Intan Liana: “Tidur dengan tanpa menyimpan dendam pada mantan. Selamat tidur kami yang sedang berjuang move-on. Berani Berhijrah”

Walaubagaimanapun, Intan Liana telah menutup ruangan komen untuk entry berkenaan. Mungkin bertujuan untuk tidak mahu menimbulkan pergaduhan antara para netizen berkenaan isu ini.

Pada hari ini, dilihat Intan Liana sudah memadam gambar berkenaan.

Semoga sama-sama dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan lebih baik dan mencari kebahagiaan masing-masing selepas ini.

Untuk pengetahuan, kemelut rumah tangga antara pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada jam 9.50 pagi 22 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

SUMBER