Identiti polis dan teman wanita serta punca sebenar kematian

Identiti polis dan teman wanita serta punca sebenar kematian|Polis mengesahkan kes anggota polis Bukit Aman yang ditemui mati bersama seorang wanita Vietnam dipercayai kekasihnya, di sebuah bilik di Taman Bukit Ria, dekat Cheras di sini, semalam, sebagai bunuh diri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pengesahan itu dibuat hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mayat berkenaan serta ujian sisa tembakan (GSR) oleh pasukan forensik.

Katanya, punca kematian adalah disebabkan kecederaan akibat tembakan di kepala.
“Berdasarkan keputusan hasil bedah siasat, kita boleh mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa mati kerana membunuh diri.

“Ia juga disokong dengan hasil ujian GSR yang dijalankan apabila menemui kesan sisa tembakan pada tangan kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam bilik itu wanita berusia 19 tahun dengan kesan tembakan pada bahagian kanan kepalanya sambil memegang sepucuk pistol.

Sebelum itu, abang mangsa dikatakan menghubungi rakan sekerja anggota berkenaan dan meminta bantuannya untuk pergi memeriksa kediaman mangsa selepas bimbang apabila dia gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, menurut sumber, mangsa dipercayai membunuh dirinya terlebih dulu sebelum wanita itu mengambil pistol berkenaan lalu menembak di kepalanya.

Identiti kedua mangsa

1 Nama : L/Kpl 186474 Ng Jun Ming
Kpt : 910821-01-5019
Tarikh Lahir : Mersing, Johor.
Alamat Kg : No 220, Jalan Wawasan 19, Mersing Johor.
Tempat Bertugas : Unit Siasatan Khas Urusetia KPN Bukit Aman
Kecederaan: satu kesan tembakan di kepala (kiri ke kanan)

2 Nama : Vo Thi Duyen
No PP : C3126703
W/Negara : Vietnam
Kecederaan: Satu kesan tembakan di kepala (kanan ke kiri)

The post Identiti polis dan teman wanita serta punca sebenar kematian appeared first on Eberita.org.