Fans Tertanya-Tanya, Mengapa Logo FAM, Bukan Bendera Malaysia? Mengapa Logo FAM, Bukan Logo Harimau Malaysia?

Nike hari ini telah memperkenalkan jersi baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaysia untuk tahun 2016 hingga 2018 pada satu majlis pelancaran yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.
Jersi ‘home’ dengan warna utama hitam dan jersi ‘away’ dengan warna utama putih itu akan mula digunakan skuad Harimau Malaysia pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar akan bermula Ahad ini (20 November).
Majlis pelancaran pagi tadi itu telah dihadiri ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee serta empat pemain Harimau Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abd Radzak, Nazirul Naim Che Hashim dan Matthew Davies.
Turut hadir, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo.
Jersi ‘home’ skuad Harimau Malaysia sebelum ini menggunakan warna kuning sebagai warna utama dan pastinya penggunaan warna hitam sebagai warna utama adalah sesuatu yang baharu buat peminat bola sepak negara.

Ini akan memberi sedikit rasa pembaharuan kepada pasukan serta kelainan dari segi ‘design’ untuk peminat dan pengumpul jersi kerana lima keluaran jersi dari tahun 2007 hingga kini menggunakan tema yang sama.
Mengapa jersi baharu ini menggunakan logo FAM dan bukannya bendera Malaysia seperti pada tiga jersi terdahulu – 2010-2012, 2012-2014 dan 2014-2016?
Sebenarnya dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing.
Malah dengan penggunaan logo federasi, jersi ini lebih eksklusif melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersi sukan lain.

Mengapa pula logo FAM digunakan sedangkan logo baharu Harimau Malaysia telah dilancarkan pada 16 September lalu?



Jersi Harimau Malaysia 2016 ini mula direka oleh Nike pada awal tahun 2014. Jersi pasukan Malaysia dihasilkan serentak dengan jersi-jersi keluaran 2016 negara-negara lain yang ditaja oleh Nike dan keseluruhan proses ‘design’ sehingga produksi mengambil kira-kira 18 bulan.
Jersi-jersi ini telah siap pada awal tahun 2016 untuk pelancaran negara masing-masing menjelang kejohanan-kejohanan tahun 2016 seperti Euro 2016 dan juga Copa America 2016.
Disebabkan Piala Suzuki AFF 2016 bermula pada November, maka jersi Malaysia hanya dilancarkan pada hari ini walaupun proses reka bentuknya dan produksi telah bermula seawal tahun 2014.
Jersi baharu Harimau Malaysia ini akan mula dijual pada Rabu, 16 November 2016 di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga RM289.
Berikut adalah reaksi persoalan beberapa orang fans yang mempertikaikan Logo Fam :
1.Logo persatuan yang penuh kontroversi lebih baik letak logo negara malaysia barulah nampak perpaduan 14 negeri dalam Malaysia.
2.Jersi negara lain semua letak logo.. Kenapa malaysia letak bendera? Mana logo harimau malaysia yang fam banggakan tu? Next time bendera letak kat bahu macam jersi jepun.. Simbolik tugas negara berada di bahu para pemain..
3.Harap jersi Malaysia warna hitam dan putih ni bawa Malaysia juara AFF Cup tahun ini. Jersi gini biasa-biasa je kalau dijual kat Pahang. Jejaka Pahang pakai jersi apa pun tetap hensem sehingga dicemburui ramai.Hitam putih takkan padam.
4.Pakai bendera atau logo baru, tapi orang dalam tak bertukar… Apa hal? Logo baru atau bendera tak akan buat malaysia menang lawan brazil sekalipun!
5.pa barang boh logo pengurusan?boh logo MALAYSIA la baru semangat.logo ni apa makna dia?
haram pemain import?pemain muda tak perlu pulang ke tempat asalnya?import kejap boleh kejap tak boleh?
6. Tak lawa…x ikut tradisi warna kuning dominan dan xda bendera malaysia…lebih nilaikan wang tanpa menjaga tradisi dan nasionalisma yg tunjang kekuatan bolasepak malaysia
7.Lebih kurang jersi Malaysia yang dulu ja..Nike tak daa idea da ke macam mana?
8.Slogan “tunjuk belangmu” ditukar kepada “kuat bersama”.
P/s: Haha macam-macam hal apepon admin mengucapkan selamat maju jaya dan dapat mempamerkan game yang cantik. Jersi tak tengok sangat pon tak apa… yang penting game plan mesti A plus…