Family Short Trip

Hi 

Dah lama x bawak Adam n Noah jalan2 makanya marilah kita terjah ke Johor. I lahir kat Muar tapi tu jela last i pergi Johor pastu dah tak pergi dah lupa daratan terus.  Nak bawak pergi Legoland je sebenarnya. Bertolak on Sabtu . Trip yang mengejut opocot mak kau . Tiba2 nampak kat tv iklan Legoland. I pandang husband, husband pandang i…pom pomm pommm tiba2 pergi Leogoland. I know husband guilty sebab we both kerja tak henti setiap hari. Kadang husband kerja 7 hari straight. I pun sama. So jom ah ajak ayah mertua i sekali. Pergi 6 kepala termasuk Adam n Noah.

Checked in ! Kita prefer hotel yang bukan dalam town sebab busy la if dalam town. Seriously la Johor ni bandar busy.  So we picked Double Tree by Hilton since kalau kat KL pun memang suka pilih hotel ni sebab room dia nice. Eventhough hotel bukan dalam town pun but still banyak kereta sana sini. ekekkeke

Kitorang ni anak kecik dua orang , amik bilik suite . Ada hall and bilik master bedroom. Ingat nak suite jenis lagi satu ada dua jenis bilik so that boleh lah abah n abang nazirul tinggal sekali. Tapi bilik habis. Tapi bila dah msuk bilik, rasa macam nasib baik la tak duduk bilik sekali sebab budak2 ni duk ngamuk ke apa nanti menganggu pulak abah nak rest. Dah la dalam kereta perjalanan 2 jam tu Adam Noah ni asyik nak kacau atok dia je.  


Ni hall bilik. Kecik je hall ni tapi boleh la buat main kejar2 kaki kontot diorang tu. Satu tapak i, 5 tapak diorang. 





Bilik dia. Lepas tu fikir2  memang x muat la katil ni. So kita request extra bed lagi satu sewa RM70 satu malam untuk extra bed. 






Suka tengok diorang seronok camni. hehee . Noah tu masuk bilik terus terkam telephone. 



Tiap kali tengok Noah mesti rasa , “haisshh nasib baik la saya pregnant kat awak tau . tak ikut mulut2 yang suruh gugurkan awak “




Toilet. suka toilet yang jenis tile dari atas ke bawah ni. Nanti nak renovate rumah sendiri macam ni hehe. Pastu sayang nak guna ekekeke. 



Sebelum tidur nak gosok gigi , cuci tangan duluuu. hygenic gituuuu. Terikut2 video yang dia tengok dalam youtube  la tu. Cartoon cuci tangan dia pun ajak cuci tangan. 



Double Tree by Hilton ni memang akan bagi cookies ni. Sedap. tapi i buat kat rumah lagi sedap. mehhh. hahaa ni cookies yang banyak kacang dan kurang manis punyaa. Sebagai penggemar manis dan calon diabetes memang akan rasa x sedap la. weewewewew

Esok cerita trip to Legoland pulak ok bebeh.