“Dulu tak suka pakai foundation, sekarang mekap kemainnnnn….”

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa !

Hari ni masuk office jalan pun slowww je… my upper body partssakit-sakit huihhh ! Ni semua gara-gara semalam sakan ber-boxing di gym. Haa nak cerita dengan uolss jugak mengenai rutin terbaru Nisa ke gym. Tapi itu nantilah. So bila masuk office, masa untuk check emails, check komen yang perlu Nisa approve dan sebagainya.

Bukak YouTube pulak… Haa ternampak satu komen ni… katanya dulu pernah terbaca caption Nisa yang mengatakan Nisa tak suka pakai foundation, tapi kini kemainn haa mekap Nisa kata beliau. Okay Nisa tergelak kejap bila baca komen ni. Sebab ianya membuatkan Nisa teringat balik dulu muka memang comot secomot comotnya. Haha.



Okay Nisa takdelah tengok komen dia sebagai sesuatu yang negative pun. Mungkin beliau sekadar tinggalkan komen kan.. Tapii…. Tapiiiii ayat terakhir beliau “THINK BEFORE TALK” katanya. Errrr apakah ? Okay takpelah abaikan je lah.

Bila baca komen sebegini, buat Nisa terfikir-fikir.. bila ya Nisa kata Nisa tak suka pakai foundation..? Mungkin ya memang ada Nisa tulis di mana-mana tapi sungguh Nisa memang tak ingat betul di mana dan bila Nisa menulis caption seumpama ini. Takde pulak si pengomen bagitahu caption mana dibaca tu.. di blog kah ? Di Instagram kah ? Twitter ? Facebook ? Youtube ? Haaa puas ni duk mengingat tapi tak berjaya jugak..




TAK SUKA PAKAI FOUNDATION ???


Jom kembali kepada kehidupan Nisa beberapa tahun lalu.. I might be somewhere in university, or in an event or busy managing my business at that time. Tapi kalau dingat-ingat kembali, kalau tahun 2013 dan ke bawah, Nisa memang bukanlah seorang yang gilakan mekap, jauh sekali pandai memakai produk solekan di muka ni. Memang berbedak saja, eyeliner, blusher sikit dan maskara serta sedikit calitan lipbalm yang berubah warna pink tu HAHA!!


Nisa memang tidak mempunyai produk mekap pelbagai jenis beberapa tahun lalu. Kalau ada pun, mungkin yang dibeli murah-murah di drugstores atau yang dapat percuma menerusi event yang Nisa hadiri sebagai blogger. Beberapa tahun dulu Nisa juga aktif melibatkan diri dengan modelling (untuk online shop sendiri atau online shop lain, majalah, surat khabar dan sebagainya). Jadi Nisa kerap jugak dimekap oleh akak-akak makeup artist (MUA).


Bila dah sering disolek oleh MUA ni kan, Nisa sering ringankan mulut berbual mengenai produk dan teknik mekap yang mereka gunakan. Kawan-kawan Nisa pun ramai je yang menjadikan MUA sebagai kerjaya sambilan dulu.. jadi lama kelamaan, timbul rasa ingin belajar pakai mekap betul-betul, at least kasi naik seri sikit muka haa bila pergi event ke apa kan ?



“SEKARANG MEKAP KEMAINNNNN…”


Nisa tak ingat pula kalau dulu Nisa “membenci” mekap. Cuma dulu TIDAK PANDAI bermekap. Bila sering pulak menonton tutorial mekap di Youtube, haa timbul pula keinginan nak beli produk mekap seperti yang dipromo oleh Youtuber itu. Bila Nisa dah kerja, kumpul duit dan beli barang mekap, masih lagi Nisa tak berapa pandai pakai mekap dengan teknik yang betul.
Nisa belajar mekap dengan kawan-kawan rapat yang jadi MUA dan Nisa pernah pergi ke kelas mekap Nuex Rosli. Nisa jugak banyak rujuk youtuber untuk tips mekap dan sebagainya. Bila dah ada barangnya, timbullah semangat nak cuba tingkatkan skill mekap muka sendiri. Memandangkan setiap hari Nisa memang keluar kerja atau pergi event atau meeting, Nisa akan pakai mekap hamper setiap hari untuk biasakan tangan ni mekapkan muka sendiri, dan lama kelamaan skill tu akan improve sendiri. And yeah, it takes a lot of time. Nisa bukan lahir-lahir terus pandai mekap ye. Hehehe…


Tambah pula, Nisa tidak mekap tebal setiap hari.. Bulu mata palsu pun Nisa baru belajar macam mana nak pakai, sebab nak tampilkan kelainan jika Nisa buat makeup tutorial di channel YouTube Nisa.. Biasanya lepas mekap tebal untuk tutorial di YouTube, Nisa akan remove je mekap tu. Kalau ada event pun selepas itu, Nisa akan mekap semula yang lebih light dan sweet look. Ewahh! Haha..




Jadi kesimpulannya, bukanlah Nisa ni ludah ke langit kemudian jatuh ke muka sendiri.. Rasanya dulu memang takde istilah Nisa “bencikan” mekap, cuma dulu Nisa memang tak pandai pakai mekap. Nisa betul-betul tak ingat nih bilanya Nisa tak suka pakai foundation.. sebab Nisa mula pakai bedak asas seawal umur tingkatan 3 ke 4 camtu (sebab tengok kawan pakai lawa haha!). Nisa ingat lagi, Nisa beli krim bedak asas jenama Safi yang penutup hijau tuuu.

Mungkin juga Nisa pernah kata tak suka pakai foundation.. mungkin kot masa tu sebab give up tak reti bermekap ke ? Muka problem bila pakai foundation ke kan ? Haa mungkinlah, mungkinnn… Bagi Nisa suka atau tidak pakai mekap, itu bergantung sepenuhnya kepada individu. Tapi kita hormati menghormatilah minat masing-masing ye. Gituu. Baiklah sampai sini je nak borak-borak dengan pembaca semua !




Subscribe to my YouTube channel here !!



NISA KAY.