Disengat Tedung Selar Kekasih, Remaja Hamil Lapor Polis

Disengat Tedung Selar Kekasih, Remaja Hamil Lapor Polis|Sibu:Seorang pemadu lori berusia 25 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol teman wanita bawah umur.

Lebih mengejutkan lagi mangsa kini disahkan telah mengandung dan kekasihnya itu enggan bertanggung jawab.

Berang dengan hal itu,mangsa 16 membuat laporan polis ke atas suspek.

Ketua polis daerah ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mangsa menjalani pemeriksaan perubatan disebuah klinik disini akan tetapi usia kandungan belum diketahui.

Dimaklumkan mangsa berkenalan dengan lelaki tersebut sejak disember 2016 lalu,kemudian menjadi pasangan kekasih dan melakukan hubungan seks sejak mangsa berusia 15 tahun lagi.katanya.

Menurut keterangan mangsa,mereka melakukan hubungan luar nikah atas dasar suka sama suka,dan kali terakhir mereka melakukannya di hotel pada februari lalu.

Bertindak atas maklumat yang diberikan ,pihak polis berjaya menahan suspek di Tanjung Engkilo dan dia mengaku melakukan hubungan luar nikah dengan mangsa beberapa kali.

Bagaimanapun suspek kini di reman 4 hari di bawah seksyen 376 kanun keseksaan untuk siasatan lanjut.

The post Disengat Tedung Selar Kekasih, Remaja Hamil Lapor Polis appeared first on Eberita.org.