“Dia Mat Salleh, Pelik Ke Nampak ‘Bende’ Tu? ” – Suami Lana Nodin Dikecam Peminat Kerana Memiliki…Tak Haram Ke?

Sila Skroll Ke Bawah Untuk Tonton Video Penuh.

Umum sedia maklum Lana Nodin mempunyai suami seorang mualaf dan masih mempelajari selok belok agama Islam, namun menerusi sebuah video baru-baru ini ada seorang peminat menegur tatu di lengan suaminya, David McKienzie.

“Kenapa kalau nampak tatu tu? Ada masalah? Lain kali kalau tidak tahu asal usul jangan nak komen apa-apa yang akan menimbulkan kemarahan orang lain”

“Dia asal Mat Salih, tatu bukan benda pelik untuk dia orang, sebelum kenal pun dah ada jadi apa masalahnya? Lebih baik pelik dengan ramai orang Islam yang ada tatu zaman sekarang ni!,” tulisnya.

Melalui perkongsian itu, David yang sedang melayan telatah anaknya seakan menyorokkan lengannya di bawah bantal tapi masih kelihatan dek mata peminat. Komen Lana yang membidas kembali kenyataan indvidu itu sekaligus mencetuskan perbalahan di kalangan peminat.

Selain saling berbalas komen diantara Lana dan individu tersebut, peminat lain juga turut sama menyokong dan menyelar komen individu terbabit dengan mengatakan David mempunyai tatu sebelum beliau memasuki Islam lagi.

Tidak silap, Ustaz kata, bagi seseorang mualaf yang mempunyai tatu sebelum memeluk agama Islam tidak berdosa. Mungkin individu tersebut hanya menegur. Harap Lana dan peminat itu dapat menyelesaikan salah faham ini dengan baik.

Sumber: KRT