Datuk Vida Hadiahkan Cik B Kereta Mercedez-Benz Harga Setengah Juta

Cik B yang baru berusia 13 tahun telah dihadiahkan oleh ibunya Datuk Seri Vida sebuah kereta mewah, Mercedez Benz CLK yang berharga setengah juta dan menjadi buah mulut warganet di Malaysia.

Tindakan Datuk Seri Vida itu turut dipersoalkan kerana membenarkan Cik B membawa kenderaan tanpa lesen yang menimbulkan perbalahan dari kalangan netizen di ruangan komen Instagram beliau.

CiK B..Cik B.. Mana Fanz Ciik B.. Nak ajak naik kereta ni.. Cik B bawa

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Beliau berkongsi video memberi kereta mewah tersebut dan membenarkan Cik B memandu kereta tersebut di laman sosial Instagram beliau dan rata-rata netizen mengatakan bahawa Cik B tidak patut memandu kerana tidak mempunyai lesen dan ia merupakan perkara yang bahaya.

Hadiah tuk Cik.B.. Merz . Tag kawan kawan yg nak beli kereta cenggini

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Walaupun kelihatan dalam video tersebut Cik B memandu dalam kawasan gudang dan ada orang dewasa yang memantau, tetapi menjadi satu kesalahan memandu tanpa lesen. Walau apa pun, beruntung jadi Cik B dapat kereta mewah dalam usia yang muda.

Sumber: Mediahiburan.my

The post Datuk Vida Hadiahkan Cik B Kereta Mercedez-Benz Harga Setengah Juta appeared first on Aliff Channel.