Cubaan membakar kek – Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum…

Haaa rasa macam dah berzaman-zaman pulak tak tulis apa-apa mengenai resipi di laman blog Nisa ni.. Nisa suka cuba nak baking kek lah, biskut lah.. Tapi dengan keadaan sekarang yang cuma menyewa bilik, mustahil pulak nak laksanakan keinginan tu.. Maka bila Nisa balik kampung sajalah yang ada peluangnya untuk Nisa buat semua yang Nisa nak tuu. Tambahan pula, adik perempuan Nisa pun suka baking.. Kejap-kejap buat cupcake lah..

Dan sejak akhir-akhir ini banyak pulak orang kongsikan resipi mudah untuk kek yang sedang tular (viral) sekarang.. Apa lagi kalau bukan kek femes dari Jepun, iaitu Japanese Cotton Cheese Cake. Haa kenapa namanya begitu, mungkin sebab nak menggambarkan kelembutan dan kegebuan kek ni. Maklumlah, kek dari Jepun ni femes sangat tau ! Nak beli di luar ada yang rasa mahal.. Jadi ramai lah pulak yang nak cuba-cuba buat di rumah ye dak. Bagi Nisa bila baking sendiri tu, akan hadir satu kepuasan di mana kita seronok membuatnya, tengok orang habiskan hasil masakan kita pun kepuasan tuh !

Untuk bahan-bahan dan juga resipi lengkap bagaimana nak buat Japanese Cotton Cheese Cake ni, aku memang rujuk seratus dua puluh peratus dari blog Cik Epal ni haa. Sebenarnya dah lama dah berhajat nak baking kek ni haa.. sebab memang minat aku buat kek atau biskut ni. Tapi takde kemudahan dan kelengkapannya. Bahan-bahan semua aku beli memang sebijik macam brand yang Cik Epal guna. Kebetulan aku balik kampung hari tu so aku dengan adik aku sama-sama buat kek ni.

Proses dia nak kata senang sangat tu takdelah, tapi boleh tahan lah.. bahan-bahan pun tak banyak sangat cuma makan masa sikit kot ? Especially bila nak pukul putih telur sampai gebu gebas sampai ada soft peak bagai. Hahah.. nampak sangat dah lama betul Nisa tak baking ni haaa… Kena asah balik minat baking ni. InshaAllah balik dari travel nanti boleh la balik kampung dan baking dengan adik Nisa lagi..

Proses membakar kek ni kena guna teknik hot bath. Haa bukan pi letak loyang kek dalam kolam air panas tau ! Tapi kena letak loyang kek di dalam loyang leper yang berisi air panas, so teknik inilah yang akan buat kek kita lembut dan lembap tu. Nisa guna loyang jenis spring form (betul ke nama dia ni?) .. Alaa… yang boleh bukak bahagian bawah dia tu…

Tapi satu kesalahan yang Nisa lakukan ialah Nisa tidak balut loyang spring form ni dengan aluminium foil ! Padan la bahagian atas kek kurang hangus.. air masuk dalam loyang kek dan menjadikan kek terlajak moist ! Mujur bahagian dalamnya elok tidak berketul ke apa… risau jugak kalau rasa dia pun berubah dek kerana terlebih air !

Nak kata kek ni lembik tak jugak. Tak lembik langsung. Elok lembutnya.. cumanya TERLEBIH MOIST !! Hahaha.. So bila potong pun kek mudah pecah macam korang tengok dalam gambar ni. Huiii sakit hati kite, kek yang kite buat dengan penuh kasih sayang bersepai sikit bila kita cuba potong. So apa Nisa buat ialah makan kek ni… Hahaha okay alhamdulillah rasa dia sedap! Rasa cheese cair dalam mulut walaupun kek terlebih moist. Kemudian Nisa letak balik dalam oven tadi, tanpa bukak suis la sebab oven masih panas-panas sikit kan.. So Nisa simpan kek dalam tu sampai esok pagi.

Esoknya, kek dah jadi sedang elok walaupun terasa lagi dia punya extra moist dia tu.. Tapi dah tak rasa basah sangat kek dia masa mula-mula siap malam tadi. Haaa maka Nisa pun teruskan makan dan pack sikit untuk bagi pada kawan. Alhamdulillah kek nya menjadi walau penuh ranjau dan onak duri siap jugakkk !

Kawan yang makan tu pun puji sedap ! Cumanya extra moist je lah. Tapi okay lahh kesilapan teknikal pulak masa bakar kek. Hehehe boleh la buat lagi sebab bahan-bahan mudah dapat dan dah tahu macam mana nak buat.. so memang buat lagi la lepas niii…


NISA KAY.