Bisnes naik dalam masa yang singkat, Nursajat kini mampu beli banglo jutaan ringgit !

Assalamualaikum,,

Dua malam lepas Nisa dan beberapa rakan blogger lain berkesempatan menghadiri sesi beramas mesra.. ehh ! Meet & Greet bersama pengasas produk kecantikan terkenal yang kini makin mendapat perhatian ramai. Apatah lagi baru-baru ini viral video celoteh Nursajat di laman sosial.. haa topik yang dibebelkan bukannya sebarang topik ! Topik kuih koci la, topik kahwin bukan sekadar nak sedap la. opps! Haha okay siapa yang tahu tu tahulah ye… 

Pertemuan kali bermula dengan Nursajat berkongsi kisah bagaimana beliau terlibat dengan perniagaan. Nursajat ni depan-depan pun perwatakan dia macam dalam video-video yang viral tu tau. Memang membebel tak berenti haha.. seronok pulak dengar kisah dia haa.  Rupanya Sajat ni membesar dalam keluarga yang dulunya berniaga di pasar malam. Jadi tak hairanlah gaya dan perwatakan beliau senang mesra dengan orang. Gaya promote barang pun bersahaja je.
Kalau kita amati balik, kejap je rasanya Sajat ni naik kan ? Tau-tau je famous dengan rangkaian produk beliau di bawah jenama Let’s Cantik by Nursajat. Haaa paling glamour bengkung letops dia la! Menurut Sajat, bengkung tu sahaja terjual beribu-ribu unit dalam masa dua minggu ! Bila restock je kompem laju je stok jalan. Wahhh rezeki betul !
Selain daripada produk Let’s Cantik by Nursajat, beliau turut mempunyai pusat-pusat kecantikan yang terletak di Galaxy Ampang Shopping Mall, Seksyen 7 Shah Alam dan juga Bandar Baru Uda di Johor. Haa meriah tau bisnes Sajat ni ! Kalau tengok beliau di video-videonya, memang kuat berceloteh sambil mengenakan mekap atau pun sambil memakai produk jenama beliau sendiri.
Sajat berkongsi dengan kami, bahawa produk yang dikeluarkannya mestilah beliau guna dan cuba terlebih dahulu. Kalau berpuas hati, haa baru lah keluarkan untuk dijual. Menjaga kualiti gituu katanya… Produk beliau pun sekarang Nisa tengok makin ramai kenal dan guna.. dan Sajat kata, beliau nak fokus produk dan bisnes satu persatu, demi menjaga kualiti kerja dan produk. Wahh bagus betul.
NURSAJAT BELI BANGLO DATO ALIFF SYUKRI ??
Haa hari tu kecoh kejap pengasas produk Terlajak Laris tu nak berpindah ke rumah baru. Habis rumah banglo dia tu siapa beli ? Fuhh rupanya Nursajat yang beli ! Bila ditanya berapa ongkos beli banglo cantik tu, Sajat kata dia takmau amaun yang dibayar tu dianggap untuk menunjuk-nunjuk. Bagi beliau, beliau dah berusaha gigih untuk naikkan bisnes beliau, jadi biarlah pembelian banglo ni menjadi tanda usaha keras beliau selama ni.. Gituhhh.. ye lah dah kerja berhempas pulas, nak la reward diri kan ?
Apa-apa pun tahniahh Sajat kini mampu mencapai impiannya. Dahulu Sajat berniaga kecil-kecilan dari pada dropship, kumpul pulak modal RM500 sahaja, lihatlah saja kini bisnes beliau telah berkembang! Tambah Sajat lagi, Dato Aliff antara mentor beliau dalam dunia perniagaan, jadi bila dapat memiliki banglo ini dari Dato Aliff, ianya seumpama motivasi besar buatnya. Malah untuk memiliki banglo ini bukanlah dalam sekelip mata haa.. Beliau cabar diri beliau untuk lebih bekerja keras demi mengumpul amaun yang ditetapkan. Gituh uols..
SEMINAR BICARA USAHAWAN
NURSAJAT NAK BANTU USAHAWAN / PENIAGA KECIL !
Nursajat ada jugak berkongsi dengan kami, bahawa beliau selalu dihubungi oleh peniaga kecil di laman instagram khususnya,.. ramai yang meminta beliau buka ruangan pengiklanan.. agar peniaga baru nak naik ni (atau yang dah sedia ada) mengiklan menerusi laman instagramnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut. 
Namun bagi Sajat, buat apa beliau cas seratus dua ratus harga iklan kepada peniaga-peniaga ini kalau mereka boleh berkumpul di dalam satu acara dan Sajat sendiri akan berkongsi tips dan cara-cara untuk memajukan perniagaan. Haa maka dengan itu Nursajat berhasrat melangsungkan seminar untuk usahawan, malah diberi pula cas pendaftaran yang murah sangat !
Untuk program seminar BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT, seminar ini akan dijalankan diseluruh Malaysia, dan seminar pertama akan dimulakan di Johor. Berikut adalah info lanjut mengenai seminar ini :
  • Terhad kepada 50 peserta terawal.
  • Yuran pendaftaran hanya RM50 !
  • Warga Johor dan Singapura dijemput menyertai seminar ini.

Seminar BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT
Tarikh : 04/03/2017
Waktu : Bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Lokasi : Hotel Tropical Inn, 15 Jalan Gereja, Johor Bahru, Johor.
Pembayaran yuran boleh dibuat ke akaun NURSAJAT AESTHATIC SDN BHD
RHB Bank : 2122 73000 5272 1
Kemudian, whatsapp kan bukti pembayaran ke :
Puan Wati 011-11938834 atau Puan Akmal 016-9888217
Sertakan butiran anda :
Nama  |  Nombor Kad Pengenalan  |  Nombor Telefon  |  Lokasi Seminar

Seminar BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT :
  • Johor / Singapura 4 Mac 2017
  • Melaka / Seremban 25 Mac 2017
  • Kuantan / Terengganu 8 April 2017
  • Kelantan 29 April 2017
  • Perak 6 Mei 2017
  • Kedah / Penang 20 Mei 2017
  • KL / Selangor 29 Julai 2017
  • Sabah 8 Julai 2017
  • Sarawak 9 Julai 2017
Thank you Sajat bagi kite sabun Let’s Cantik ! Tak sabar nak cubaa ! Boleh pakai satu badan ni.
Apa lagi? Berminat nak sertai seminar ni ? Haa banyak tu tips Sajat nak kongsikan dengan anda semua ! Terutama sekali jika anda sudah mempunyai produk (dropship / agent / stokis produk juga dialu-alukan), tetapi anda tidak yakin bagaimana cara untuk meningkatkan lagi pemasaran produk anda. 
Memandangkan Sajat juga dahulu bermula sebagai dropship kepada produk orang lain, dan beliau bertatih mengumpul modal untuk menjana lebih pendapatan. Nursajat jugak tidak berasal dari keluarga yang senang lenang. Jadi beliau sangat bermotivasi untuk meningkatkan taraf hidup beliau dan keluarga. Anda di luar sana jangan malu-malu nak join dan ambillah peluang ini untuk mengaut sebanyak ilmu yang mungkin. Jangan risau, Nisa dah jumpa Sajat ni. Peramah dan kelakar orangnya. Hehe… Join jangan tak join !
#JANGANMENGATA #FUHHPEREMPUAN
NISA KAY.