BERITA TERKINI!!!…AL-FATIHAH KEPADA AWI RAFAEL ATAS MUSIBAH YANG MENIMPA BELIAU..SEMUANYA BERLAKU DALAM SEKELIP MATA..JOM SAMA-SAMA KITE SEDEKAHKAN AL-FATIHAH…..

Lama rasanya tidak mendengar khabar berita mengenai penyanyi Awi Rafael. Beliau dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya sekitar jam 1 pagi semalam berdekatan kawasan perumahannya di Kota Damansara. Walaubagaimanapun, Awie Rafael kini dalam keadaan stabil.

Menurut Bahagian Promosi Domestik Warner Music, Anne Mokhtar, motosikal milik penyanyi kelahiran Singapura itu dilanggar sebuah kereta ketika dia dalam perjalanan ke studio muzik.
Lantaran kemalangan itu menyebabkan Awi Rafael diseret oleh kenderaan terbabit sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan pada bahagian kakinya. Awi Rafael kemudian dihantar ke hospital oleh pemilik kenderaan tersebut.
“Insiden itu turut menyebabkan dirinya diseret kereta berkenaan, menyebabkan kecederaan pada bahagian kakinya.
“Pemilik kereta itu bergegas membawanya ke hospital berdekatan. Dia dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sekitar jam 3 pagi. Alhamdulillah kini Awi sudah okey dan menurut doktor, dia boleh keluar hospital sama ada hari ini atau esok,” kata Anne.

 
                               Keadaan Penyanyi Awi Rafael yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.