Bapa Gantung Anak Perempuannya Sampai Mati, Sebelum Gantung Diri Sendiri

PHUKET, THAILAND – Seorang lelaki muda dilaporkan mengantung anak perempuannya berusia 11 tahun secara ‘live’ di Facebook sebelum mengantung dirinya di sebuah bangunan hotel terbiar di daerah Thalang, malam Isnin, lapor Bangkok Post.
Mayat kedua anak beranak itu ditemui di bangunan berkenaan yang dahulunya dikenali sebagai The Peninsula Hotel, selepas polis melancarkan pencarian di beberapa bangunan hotel terbiar.
Difahamkan hotel itu juga disenaraikan sebagai bangunan berpenunggu di beberapa laman web.
Polis mula melancarkan gerakan mencari kedua-dua mangsa selepas Jiranuch, 21, meminta polis mencari suaminya, Wuthisan, 21, yang ditinggalkan bersama anak mereka berusia 11 bulan selepas mereka bergaduh pada awal Isnin.

Jiranuch menghubungi polis selepas mendapati suaminya membuat rakaman video live mengantung anak mereka dengan tali di siling bangunan terbiar tersebut.

Selepas menyelidik video tersebut, polis melancarkan gerakan mencari kedua anak beranak itu di beberapa bangunan terbiar sebelum menemui mereka di sebuah bilik di tingkat tiga bangunan tersebut.
Menurut Suksan, abang kepada Jiranuch berkata, adik perempuan dan adik iparnya bergaduh pada awal Isnin lalu menyebabkan adik perempuannya itu keluar dari rumah. Pada hari yang sama, Suksan menemani adiknya pulang ke rumah untuk memaklumkan bahawa Jiranuch mahu tinggal berasingan buat sementara waktu.
Ketika itu, Wuthisan keluar dengan anaknya dan memaklumkan kepada mereka bahawa dia mahu pergi bekerja dan akan pulang ke rumah dengan anak mereka pada jam 7 petang.
“Sementara menunggu, saya ternampak Wuthisan mengantung anaknya secara live di Facebook lalu memaklumkan perkara itu kepada Jiranuch, yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis,” katanya.