Apa beza pelaburan ASB dan Saham? Mana lebih untung?

“Labur dekat ASB dapat 7-8% keuntungan setahun. Cukuplah tu.” Abu berkata kepada Fattah.

“Tapi kau nak tak pulangan yang lebih setiap tahun? 30% pun boleh kau tau.” Fattah menjawab kepada Abu.

“Ah, ni mesti tipu punyalah. Logik ke boleh dapat tinggi macam tu?”

Ramai orang yang beranggapan bahawa melabur dalam Amanah Saham ini dah cukup.

Ya, cukup memang cukup. Lebih baik daripada tak ada simpanan langsung.

ASB atau nama panjangnya Amanah Saham Bumiputera. Ia adalah dana unit amanah yang dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dengan jumlah pelaburan terkumpul yang mencecah ratusan billion ringgit, dapatlah PNB melabur di tempat-tempat yang memerlukan pelaburan yang tinggi dengan pulangan yang besar. (Contoh : Pasaran saham Bursa Malaysia, hartanah, bon dan sebagainya).

 

Tetapi kenapa kita dapat dividen ASB 7-8% saja setahun? Jom kita tengok contoh mudah ni:

Jumlah pelaburan pada 2015: 100 juta

Jumlah keuntungan pada 2015: 30 juta

Peratus keuntungan pada 2015: 30 / 100 * 100% = 30%

Peratus diberi kepada pelabur: 8%

Peratus keuntungan kasar pada 2015: 30% – 8% = 22%

Maka jika dilihat daripada atas ini, pelabur sepatutnya boleh mendapat keuntungan yang lebih tinggi daripada 8%. Ini disebabkan banyak kos-kos yang terlibat dalam proses ASB melaburkan duit anda tadi. Jika nak tahu lebih lanjut boleh baca prospektus yang dihantar oleh ASB setiap tahun. (Memang jarang sekali kita baca kan?)

Hmmm… Jadi ada ke peluang pelaburan lain yang lebih baik?

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Sebenarnya anda ada pilihan lain. Paling penting sah dan patuh shariah.

Jadilah seperti Fattah.

Fattah merupakan seorang pelabur yang bijak dan dengan melabur di pasaran saham Bursa Malaysia, beliau mendapat keuntungan terus daripada syarikat – tanpa orang tengah. Eh, saham dengan Forex Trading tu lain tau, jangan salah faham.

Ada 672 syarikat patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia. Contohnya Tenaga Nasional, Telekom, Padini, Bonia, Ajinomoto, Sime Darby, IJM Corporation, Petronas, KLCC, MyEG dan banyak lagi. Saham syarikat yang sah-sah haram seperti Genting Malaysia Bhd (judi) dan Carlsberg Malaysia Bhd (arak).

Katakan Fattah telah memilih untuk membuat pelaburan dalam saham syarikat Padini pada 15 Januari 2016 yang ketika itu berharga RM 2. Pada 15 November 2016 harga saham Padini telah naik menjadi RM 2.83. dan Fattah membuat keputusan untuk jual saham tersebut.

Contoh kiraan:

Minima Fattah kena beli 100 unit saham  sahaja. Ya, betul. 100 unit sahaja. Dulu dulu 1,000 unit memanglah orang kita tak mampu.

Katakanlah Fattah beli 10,000 unit.
RM 2.00 x 10,000 unit = RM 20,000

Dan pada 15 November harganya naik menjadi RM 2.83 sesaham

RM2.83 x 10,000 unit = RM28,300

Berapa keuntungan yang diperolehi?
RM28,300 – RM20,000 = RM8,300
Pulangan (ROI) = RM8,300 / RM20,000 = 41.5%

Best tak dapat untung banyak tu?

Risiko Berbeza

Ingat, apabila melabur dalam ASB, pelabur tidak akan rugi kerana ASB ditawarkan pada harga tetap RM1. Ini bermakna pelabur tidak berdepan risiko kehilangan modal.

Berbeza dengan pelaburan di pasaran saham, risiko rugi itu pasti disebabkan turun naik harga saham. Tetapi kalau ada ilmu, memang boleh buat duit dan kuranglah risiko untuk rugi.

Kelebihan Melabur di Pasaran Saham

Sebelum terlupa, ASB menawarkan 1 bentuk pulangan saja, iaitu dividen. Melabur di pasaran saham pula memberikan anda 2 bentuk pulangan.

1) Keuntungan hasil perbezaan harga saham seperti contoh di atas (Capital Appreciation)
2) Dividen. (Ada syarikat yang bayar 2 atau lebih 1 kali setahun, ada yang bayar 1 kali setahun dan ada yang langsung tak beri)

Boleh baca lebih lanjut di artikel Untung Melabur Saham tu Kira Macam Mana?

Oleh itu, jadilah seorang pelabur bijak seperti Fattah. Buka minda dan cari ilmu atas peluang pelaburan lain.

Melabur di pasaran saham adalah salah satu instrumen yang patut anda pertimbangkan. Selamat, patuh syariah & sudah tentu lebih menguntungkan jika tahu cara yang betul. Follow mentor pelaburan saham seperti Ikon Bursa Malaysia, Tuan Hj. Mohd Asri Ahmad.

InsyaAllah akan beroleh keuntungan dan keberkatan daripada melabur.

Hukum Jual Beli Saham Di Bursa Malaysia