‘Anda Tanya Saya Jawab’ bersama Arul Kanda di TTI minggu depan

KUALA LUMPUR – Satu program soal jawab yang menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy akan diadakan di Taman Tamadun Islam, di sini Ahad depan.

Program selama tiga jam bermula 2.00 hingga 5.00 petang itu terbuka kepada semua orang awam.

Orang ramai boleh bertanya sebarang soalan termasuklah mengenai isu 1MDB.

Para pemimpin pembangkang di Terengganu turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut dan bertanya soalan sekaligus merungkai setiap fitnah dan persepsi yang mereka lempar selama ini.

Program Anda Tanya Saya Jawab ini turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Terengganu.news