Adam Go To School

Hi

Finally setelah difikir2 , Adam dah selamat masuk ke sekolah. Lama fikir since Adam kira masih terlalu setahun jagung untuk school. Bila stress tengok pe’el Adam, “eh awak ni kena masuk school tau sebab dah melampau sangat !” ..pastu x sampai hati . Bila nak jadi popcorn nih. 

Yang ni masa i pergi tanya kat Brainy Bunch , about 4 months ago tak silap. Tanya dah lama tapi rasa tak sampai hati pulekkk. Dia ingat dia facilitator ke duk tengah2 tu. 



Masa Adam tak sekolah, bangun mesti lewat walaupun tidur awal.Mungkin sebab malam dia asyik terjaga tidur so bila pagi penat agaknya.  Memang saja xnak bangun. Bila dipaksa kejut, mengamuk and menjerit2. Sepanjang hari time Adam tak sekolah dulu dia nak tidur and paksa kita masukkan dia dalam buaian sambil ayun dia. Adam tidur atas tilam and buai tapi bila pagi nak masuk buai. Malam tidur tilam. So i dengan  bibik gilir2 lah ayun dia dalam buai tu kadang sampai pukul 12 tengahari baru dia setuju nak  bangun. Cuba train tapi bibik mesti nak rosakkan rancangan haha. Pulak i kerja luar kejap2, time tu la spoil. 

Lepas bangun tidur , taknak mandi terus pulak tu. Nak terus ajak main. So i dengan bibik gilir2 take over .Suka ajak main dalam store. Then yang i paling x tahan bila dia bergaduh dengan Noah. Dah macam mana i nak buat kerja ni . Kan dah kata takde istilah working from home. Merepek je term working from home ni. hehhh . I tak boleh tinggal Adam and Noah dengan bibik since bibik ni pun sama merepek. I tak blame bibik pun sebab dia pun ada sorang je anak kat Indon tu, so memang dia sayang budak. Manja sampai spoil kan. Kalau Adam minta nk main benda2 merepek pun dia bagi je asalkan tak nangis. Contoh bagi main botol kaca. Susah nak monitor since i tengah nak displinkan Adam Noah tapi bibik spoil pulekkk. 

I paling risau Adam buat benda bahaya kat rumah sebab i dah mula pindah ofis. Setelah termenung lama, i pergi balik Brainy Bunch last 2 weeks and terus bayar hari tu juga and proceed .

Fikir2 nak hantar sampai pukul berapa. Mula2 plan Regular session je RM330 tu sampai pukul 1230 tengahari .

Tapi bila masuk office, buat kerja tup2 dah kul 1230. Cepat je masa skang ni. Then takpela i bayar jela yang Star Session tu sampai pukul 330 petang. Amik pukul 12 ke 3 ke kemudian kita decide. hehehh susah sangat nak buat keputusan. 

Ni jadual yuran dia. Permulaan kena pay annual registration RM600 tu tapi sebab i hantar anak i dah nak hujung tahun so i pay RM300 je for annual registration. Then i amik STAR SESSION tu RM530 per month. Diorang provide makanan semua and mandikan tengahari. 

Ni dah masuk 2 weeks Adam sekolah. Dua hari awal masa i hantar depan pintu sekolah tu Adam nangis kejap .Then hari ketiga macam happy je siap cakap BYE lah kat i. hahaa. Ni dah masuk 2 weeks , liat2 nak bangun mandi jela tapi bila sampai school ok je. Teacher cakap pun awal2 dlu dia nangis kejap2 je. Hopefully ok lah. I bukan nak dia jadi genius ke apa, cuma nak dia bergaul dengan budak sebaya dia ramai2 and bangun pagi. Kalau kat rumah susah nak train . I kejut dia, dia lari tidur balik. Yela rumah sunyi takde sape, lagi lah menguap2 nak tidur. 

Adam siap nak pergi school.  Dah pandai bangun awal. Senang nak train . Hari pertama nak kejut jela macam tough sikit sebab baru nak mula kan. Adam masuk sekolah umur 2 tahun 10 bulan. Playschool Brainy Bunch ni boleh start umur 2 tahun kalau x silap. 


Pasni i update beza sebelum selepas 2 weeks. ( baru 2 weeks hek elllehh)