(8GAMBAR) HAIKAL,HAFIZ DAN HARRIS DAH KE SYURGA .. IBU HILANG KAMU 3 BERADIK SERENTAK

Kuala Lumpur : Hancur luluh hati ibu ini, Mashawani Mohamed Shahid, 29, kehilangan tiga anak lelakinya  serentak  menjadi mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di ibu negara.

Tiga beradik yang terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masing-masing mempamerkan ‘perangai pelik’ ketika dibawa pulang bercuti di rumah ibu saudaranya.

Menurut sepupu mereka, Mas Aliza Ali Bapoo, 22, pada cuti Aidiladha lalu, tiga beradik itu, Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10, masing-masing mempamerkan perangai mencurigakan mereka sekeluarga.

“Muhd Syafiq sangat rapat dengan saya tetapi ketika cuti itu, dia tidak bercakap walau sepatah pun dengan saya.

“Berbeza pula dengan Muhd Hafiz, apabila dia menunjukkan sikap terlampau manja terutama dengan ibu saya, ..hinggakan tidur pun dia mahu peluk ibu.

“Muhd Harris pula semalam menimbulkan tanda tanya kepada kami ketika menghubungi ibu saya, …dia kata dia mahu pergi,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat di HKL di sini.

Mas Aliza berkata, ketiga-tiga beradik itu memang rapat dengan keluarganya, tambahan pula mereka dijaga ibunya selepas kematian bapa mereka pada 2005.

 

“Semuanya mereka enam adik beradik. Ibu mereka tinggal di Damansara tetapi ketiga-tiga mereka diambil keluarga saya untuk dijaga, jadi sudah tentu mereka ini ibarat adik kandung saya.

“Saya amat terasa kerana bertanggungjawab mengambil dan menghantar pulang mereka bertiga dan itu sudah menjadi rutin termasuklah esok yang sepatutnya saya datang menjemput dari tahfiz,” katanya.

Mas Aliza berkata, ketiga-tiga beradik itu dihantar ke tahfiz berkenaan pada awal tahun ini dan mulanya mereka tidak seronok kerana perlu tinggal di asrama.

“Cita-cita mereka untuk menjadi huffaz namun kami reda dengan ketentuanNya,” katanya, semoga ibu nya terus kuat atas kehilangan mereka 3 beradik Haikal,Hafiz dan Harris dah ke syurga. Al fatihah

Sumber : beritasayu