8 Perkara Ini Merupakan Sebuah Hadiah Untuk Penyokong Bola Sepak Malaysia – TMJ

Bukan mengejar jawatan Penaung apatah lagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) namun Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan berusaha untuk meningkatkan bola sepak tanah air dengan membantu pengurusan baharu FAM. Itulah TMJ Johor Darul Takzim.!!!
Berikut admin kongsikan secara ringkas 9 Point Hadiah Untuk Peminat Bola Sepak Malaysia…
  1. – Astro Penyiar Rasmi Liga M
  2. – Royalti Hak Penyiaran Akan Terus Dibayar Kepada Kelab Dan Pasukan
  3. – Tiada Lagi FMLLP Dan Fam Hanya Pengendali Liga M
  4. – Mesyuarat Untuk Semua Ahli Gabungan Setiap 3 Bulan
  5. – Barisan Jurulatih Sepanyol Untuk Skuad Kebangsaan
  6. – Pengadil Dibawah Badan Bebas
  7. – Kelab Yang Gagal Jelas Gaji Pemain Akan Dibatalkan Penyertaan
  8. – Setiap Pasukan Atau Kelab Wajib Ada Program Akar Umbi

SEBUAH HADIAH UNTUK PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA 
Emosi yang bercampur baur, tuduhan liar, perbezaan pendapat dan banyak lagi. Saya telah dilabelkan sebagai pembunuh bola sepak Malaysia, dan kebanyakan pesaing saya dilabel sebagai wira. Sewaktu saya berada di Sepanyol dan bercakap dengan beberapa pegawai FIFA, mereka bertanya kepada saya tentang senario bola sepak di Malaysia dan apa yang membezakan projek bola sepak saya berbanding dengan pesaing saya? 
Saya memberitahu mereka bahawa JDT mempunyai banyak kerjasama dengan kelab-kelab Asia dan Eropah. Kami menubuhkan program pembangunan yang teratur dan kami juga menghantar ramai pemain muda dan jurulatih kami ke luar negara untuk latihan atau secara pinjaman. Tidak kira sama ada mereka datang dari kelab saya atau pemain yang dibeli dari kelab-kelab lain, saya masih akan menghantar mereka ke luar negara dan memberikan mereka pendedahan yang terbaik supaya mereka boleh belajar seberapa banyak yang mereka boleh. Supaya pada suatu hari nanti mereka akan menggunakan pengalaman mereka untuk berkhidmat kepada tanah air dan menjadi kebanggaan negara. 
Dua individu iaitu, Encik Jorge dan Rafael berkata kepada saya, “Anda pasti dianggap sebagai wira di negara anda”. Saya berkata, “Tidak, mereka melabelkan saya sebagai pembunuh”. Mereka kelihatan terkejut, dan saya hanya terus tersenyum. Kepada semua peminat bola sepak di Malaysia, untuk makluman anda saya telah menerima begitu banyak panggilan yang memujuk saya untuk menjadi Presiden FAM. 
Ini termasuk panggilan daripada Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, media-media, dan juga presiden kelab-kelab lain serta ahli gabungan. Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak sesuai bagi jawatan tersebut atas dasar wujudnya konflik kepentingan. Seperti yang anda semua sedia maklum, dana dalam FAM telah pun habis. Kelab-kelab lain sedang menghadapi masalah kewangan dan ianya turut melibatkan pasukan kebangsaan.
Apa yang telah saya lakukan setakat ini adalah berbincang dengan pihak Astro dan mereka pula akan berbincang dengan rakan kongsi berpotensi yang lain seperti FoxSports dan Telekom Malaysia bagi menguruskan liga. Astro akan berurusan secara terus dengan kelab mengenai hak-hak penyiaran mereka dan tidak akan ada orang tengah dari FAM. 
FAM hanya akan bertindak sebagai penjaga liga dan tiada lagi FMLLP. Setiap tiga bulan sekali mesyuarat FAM akan diadakan di setiap negeri dan para penyokong diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan selepas mesyuarat tersebut bagi mengetahui perkembangan bola sepak tanahair. Pengadil akan menjadi sebuah badan bebas. 
Wajib untuk semua kelab agar mempunyai projek-projek pembangunan mereka sendiri. Kelab-kelab yang gagal membayar gaji akan dibatalkan penyertaan. Satu pasukan kejurulatihan dari Sepanyol akan menjadi jurulatih pasukan kebangsaan. 
Saya yakin dengan formula ini, kita akan mempunyai liga yang lebih profesional, membantu segi kewangan kelab dan memiliki persaingan yang akan membawa kepada peningkatan dalam prestasi pasukan kebangsaan kita. Ini adalah sumbangan ikhlas saya kepada peminat bola sepak negara. Nikmatinya.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor