6 Kelebihan Kerap Lompat Dan Tukar Pekerjaan

Menjadi seseorang yang sering bertukar kerja atau disebut job hopper biasanya dicap negatif kerana dianggap tidak setia pada majikan. Padahal menjadi job hopper juga memiliki sisi positif bergantung bagaimana cara anda melakukan.

Ramai yang masih kurang menyadari bahawa pada situasi tertentu menjadi job hopper adalah pilihan yang tepat kerana akan mempengaruhi rencana karier ke peringkat berikutnya. Di bawah ini ada 6 kelebihan sering bertukar pekerjaan yang dapat anda perolehi manfaatnya di masa hadapan.

1. Banyak pengalaman

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

Berganti beberapa kali pekerjaan di awal karier akan membuat kita tahu praktikal sesuatu pekerjaan sehingga memiliki pengalaman untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Tahu lebih banyak situasi kerja, peraturan dan malah pergaulan dalam lingkungan pekerjaan.

Apalagi jika beberapa pekerjaan sebelumnya bervariasi sehingga cara pekerjaan dan sistem organisasi juga berbeza yang pastinya akan menambah banyak pengalaman yang berharga.

2. Lebih mengenali kemampuan diri

Foto ilustrasi – Pexels/Rawpixel.com

Teori yang dipelajari di sekolah adalah berbeza dengan praktikal pekerjaan yang sebenarnya. Dengan mencuba beberapa kali bekerja di syarikat sehingga mengundurkan diri, anda akan lebih memahami keadaan diri anda. Anda akan mengetahui kemampuan dan juga kekurangan dan jadi lebih memahami apa sebenarnya yang anda inginkan. Ini akan membuat anda lebih mudah membuat langkah seterusnya.

3. Lebih memahami ujian dan temuduga

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

Berkali-kali mengikuti ujian dan temuduga sehingga berjaya adalah prosedur yang pasti dilalui seorang yang kerap bertukar pekerjaan. Hal ini tentu terhasil dari pengetahuan, pengalaman dalam menjawab pertanyaan lisan dan juga pelbagai ujian tertulis.

Tidak hairan jika pemahaman anda lebih mendalam dari sekadar membaca buku panduan kerjaya yang ada di pasaran kerana anda sudah membuktikannya sendiri bagaimana proses dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan. Berbekalkan pengalaman yang sudah melepasi ujian itu, tidak hairan jika pertanyaan dalam temuduga juga dapat diatasi.

4. Menyedari kerjaya impian

Foto ilustrasi – Pexels/Startup Stock Photos

Dengan banyak bekerja di pelbagai syarikat, membuat anda menyedari pekerjaan apa sebenarnya yang anda impikan. Banyak yang tidak tahu pekerjaan yang sesuai untuk dirinya sendiri sebelum melewati proses penyusunan dalam kerja termasuk mencuba terlebih dahulu pelbagai jenis pekerjaan yang berbeza sehingga merasakan sesuai dalam satu bidang tertentu. Boleh jadi pekerjaan ini sama sekali tiada kaitan dengan pendidikan anda tetapi lebih pada keselesaan diri.

5. Mendapatkan gaji lebih tinggi

Foto ilustrasi – Pexels/Yulianto Poitier

Para job hopper juga mempunyai kelebihan lain jika kerap berganti pekerjaan, mereka mengasah kemampuan dan keterampilan lain yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Ini akan sangat membantu dalam proses gaji pada pekerjaan berikutnya.

Yang perlu ditunjukkan ialah pengalaman kerja yang telah dilalui yang memberikan nilai lebih iaitu kemampuan multitasking yang jarang dimiliki pendatang baru. Tentu saja akan meningkatkan kualiti di mata HR sehingga memiliki peluang mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

6. Peluang perniagaan

Foto ilustrasi – Pexels/Adil Alimbetov

Jika sudah rasa bosan terus mencari dan berganti pekerjaan, inilah saatnya anda mempertimbangkan untuk membuka perniagaan sendiri. Berbekalkan pengalaman kerja yang sudah anda miliki misalnya tentang produk, jasa, teknik pemasaran malah cara menangani klien yang anda dapat manfaatkan untuk membangunkan perniagaan anda. Jangan lupa juga menghubungi rakan-rakan kerja anda sebelumnya, siapa tahu mereka bersedia menjadi tentera perniagaan atau prospek pelanggan berpotensi di kemudian hari kelak.

Akhir kata, tiada salahkan kerap bertukar pekerjaan?

The post 6 Kelebihan Kerap Lompat Dan Tukar Pekerjaan appeared first on Aliff Channel.