6 Bulan Masa Diambil Untuk Bina Bugatti Chiron Dari LEGO Yang Boleh Dipandu

Ramai sedia maklum tentang jenama LEGO, pengeluar alat permainan potongan plastik yang dapat disusun ke dalam pelbagai bentuk ciptaan. Lego adalah alat permainan yang tidak hanya popular di kalangan kanak-kanak, tetapi juga remaja, malah turut orang dewasa.

Terbaru, LEGO sekali lagi mengejutkan dunia dengan membuat sesuatu yang kelihatan di luar imaginasi penciptaan alat permainan.

Seperti yang dilaporkan di laman Highsnobiety.com, menggunakan bahan asas LEGO Technic, – satu variasi LEGO yang mempunyai fungsi mekanikal, tercipta satu replika kereta bersaiz 1:1.

Dengan menggunakan satu juta kepingan LEGO, satu replika kereta Bugati Chiron telah dibina, yang membelanjakan sehingga AS$ 3 juta atau lebih kurang RM12.35 juta.

Satu perkara yang luar biasa, bukan hanya memaparkan reka bentuk kereta tersebut, tetapi ciptaan LEGO ini juga boleh dipandu seperti kereta biasa.

Rakaman video berikut ini menunjukkan pembinaannya yang luar biasa. Selepas selesai dibina, ‘Bugatti x LEGO’ juga dilihat menguji jalan di trek di Jerman, yang telah digunakan sebagai laluan rasmi untuk menguji kenderaan Bugatti.

Kereta LEGO ini dipandu oleh penguji kenderaan Bugatti, Andy Wallace, yang merupakan penguji pertama ketika “asal” Bugatti Chiron.

Sejuta kepingan LEGO ditambah mesin yang dipasang tanpa gam tambahan, mengambil masa 13,438 jam, untuk dibangunkan dan dipasangkan.

Seperti yang dilaporkan oleh TechCrunch, idea awal untuk pembinaan projek ini telah bermula sejak Jun 2017, dan pembinaan bermula pada bulan Mac 2018.

Membina replika kereta Chiron dengan saiz 1:1 tepatnya boleh dipanggil sudah luar biasa.

Selain itu, bagaimana kereta LEGO ini boleh dipandu dengan kelajuan maksimum sehingga 20 kilometer sejam itu sudah sangat luar biasa.

Sudah tentu kelajuan kereta ini jauh berbeza dengan kelajuan luar biasa Chiron yang asalnya. Tetapi tidak boleh dinafikan, ini adalah pencapaian istimewa.

LEGO Technic Bugatti Chiron secara rasmi dipamerkan di Monza, Itali, 30 Ogos, sejajar dengan perasmian Grand Prix Formula One Italy.

The post 6 Bulan Masa Diambil Untuk Bina Bugatti Chiron Dari LEGO Yang Boleh Dipandu appeared first on Aliff Channel.