5 kisah mistik yang terkenal di Malaysia tapi terbukti satu pembohongan

kisah seram mistik melayu

 

 Sumber: Iluminasi

5. Raja Bomoh (Dunia) teropong MH370

Kisah ini masih baru dan segar di Malaysia di mana seorang Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin (80 tahun) mampu melihat situasi sebenar yang telah berlaku kepada pesawat MH370. Walaupun ramai yang menjadikan beliau sebagai bahan jenaka di laman sosial, namun ada juga segelintir yang percaya dengan pembohongan beliau.

ibrahim mat zin raja bomoh

Baru-baru ini, Ibrahim Mat Zin juga dikatakan telah menjalankan ritual bagi mengelakkan nuclear dari pihak kerajaan Korea Utara dengan hanya menggunakan kelapa dan buluh. Perkara ini memang membodohkan dan melemahkan lagi mentaliti masyarakat yang mudah percaya dengan perkara-perkara mistik ini.

Sehinggalah pada tanggal 25 April 2017, barulah tular di media sosial bahkan di media utama dimana Ibrahim Mat Zin mengaku yang beliau hanya berbohong kepada semua orang kerana beliau disuruh oleh VIP yang beliau tidak mahu mendedahkan identitinya. Beliau patut bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Sekiranya beliau dilahirkan di Papua New Guinea, sudah tentu mereka akan mengatakan beliau adalah seorang ahli sihir dan dibakar hidup-hidup.

Video pengakuan Ibrahim Mat Zin bahawa beliau hanya menipu orang ramai.

 

4. Ustaz Arif Cakra Alam manusia elektrik

Kisah mengenai Ustaz Arif ini popular pada tahun 90an. Ramai yang tertipu dengan muslihat beliau termasuklah artis-artis di Malaysia seperti Amir Ukays dan lain-lain. Ada juga yang menggelarkan beliau sebagai “Mahaguru” kerana begitu taksub dengan kehebatan beliau mengalirkan elektrik melalui badan, makan kaca, dan bermacam-macam lagi.

Apa yang menariknya ialah Ustaz Arif mengaku bahawa beliau juga adalah pakar dalam ilmu persilatan, dan perubatan Islam. Ini adalah sentimen yang dimainkan oleh beliau untuk mendapat pengaruh dan kepercayaan orang ramai. Hal ini berlanjutan hampir sepuluh tahun sehinggalah media siaran dari Korea datang ke Malaysia untuk menyiasat sendiri tentang keajaiban beliau pada tahun 2006.

ustaz arif pusat perubatan cakra alam alhikmah

Video berdurasi hampir 20 minit dari media penyiaran Korea itu (V1, V2)memberi penjelasan yang sangat bagus bagi membuktikan bahawa Ustaz Arif adalah seorang penipu. Rupa-rupanya beliau banyak mengambil teknik silapmata dari buku silapmata kuno era 70an. Pusat perubatan beliau di Bandar Baru Ampang kini telahpun ditutup dan tidak lagi beroperasi.

Video Ustaz Arif dikantoikan oleh rancangan TV Korea

 

3. Mona Fandey boleh keluar penjara sesuka hatinya

Siapa tidak kenal dengan Mona Fandey, atau nama sebenar beliau Maznah Ismail seorang penyanyi dan tersenarai sebagai top 10 penjenayah di Malaysia. Nama Allahyarham mula melonjak naik apabila terlibat dalam satu kes pembunuhan ahli politik terkenal, Dato Mazlan Idris pada tahun 1993. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2001.

Pada waktu ini, media utama banyak memainkan sentimen mistik ini sahaja kerana kisah-kisah mistik sangat laris dan mendapat sambutan ramai. Banyak penulis menulis buku tentang Mona Fandey dan kehebatan sihirnya, jin, dan bermacam-macam lagi.

mona fandey

Pada zaman inilah bagi penulis, zaman yang sangat kritikal dalam pembodohan masyarakat. DItambah dengan kurang kesedaran tentang matlamat media. Masyarakat bukannya tahu media hanya mahu mendapatkan keuntungan semata-mata. Fitnah atau tidak mereka bukannya peduli.

Sehinggalah pada tahun 2015, bekas pegawai penjara yang pernah menjaga Mona Fandey bernama Sarjan Azizah telah menceritakan hal sebenar kepada wartawan MalaysianDigest. Sebenarnya tak ada pun perkara-perkara mistik yang berlaku sepanjang menjaga Mona Fandey. Kisah dia boleh keluar dari penjara guna jin pun semuanya bohong semata-mata. Selepas kematian Allahyarham Mona Fandey, cerita mengenai beliau digantung berkali-kali kerana tapi tak mati pula tersebar.

 

2. David Copperfield ada perjanjian dengan Ifrit

Kisah ini dipopularkan oleh satu majalah paling sampah dimuka bumi. Majalah ini sangat gemar memainkan isu-isu khurafat untuk memperbodohkan masyarakat semata-mata untuk mengaut keuntungan. Penulis tak mahu sebut nama Majalah itu, biarlah menjadi rahsia. Pada ketika ini, sebut sahaja nama David Copperfield, pasti anda akan merasa seram sejuk kerana kononnya David Copperfield memohon pertolongan dari Ifrit untuk melakukan sihir yang dikaburi dengan nama ‘silapmata’.

surat perjanjian david copperfield dengan syaitan ifrit

Anda boleh membuat carian di Google dengan kata kunci “Copperfield Ifrit”. Boleh dilihat banyak blog-blog masih menyimpan artikel-artikel yang tidak bermoral itu. Ada juga bomoh dan dukun yang mengaku pernah berkomunikasi dengan jin milik David Copperfield. Hakikatnya kisah perjanjian dengan syaitan untuk dipentaskan dalam pementasan ini hanya kisah yang dicilok dari komik Johny Blaze (Ghost Rider) 1972. Kelakar bukan?

Video Mask Magician dedah rahsia David Copperfield

 

1. Allahyarham Haron Din bawa sekawan jin naik bas

Dan Top #1 untuk carta kisah mistik palsu ini adalah kisah Allahyarham Haron Din bawa sekumpulan jin naik bas untuk dibuang ke lokasi tertentu. Kisah ini ada banyak versi. Ada yang kata Haron Din bawa sendiri bas itu dan ada yang kata ada seorang lagi individu lain yang memandu bas. Paling best, kisah ini ditokok tambah dengan ajinomoto sesedap rasa kononnya Allahyarham Haron Din dah pesan kepada pemandu bas agar jangan toleh ke belakang namun beliau dengan tidak sengaja terpandang cermin pandang belakang lalu ternampaklah sekawanan jin sedang senyum kepadanya.

Namun bagi pentaksub kisah mistik, mereka tetap mahu percaya dengan cerita karut marut ini. Mereka (pentaksub) akan mengatakan bahawa kisah ini sepatutnya menjadi rahsia. Sebab itulah Allahyarham Haron Din tak mahu mengaku kebenarannya agar masyarakat tak jadi gelabah. Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, terimalah jari tengah daripada penulis. Anda adalah parasit kepada masyarakat.

Video Allahyarham Haron Din nafi bawa jin naik bas

 

Ingat lagi kisah Hantu Purdah yang memandu kereta Kancil warna merah? Penulis kekurangan info tentang hal itu. Kalau ada, diharap anda dapat kongsikan dengan kami.