11 TAHUN USAHA, DATO SITI NURHALIZA KINI HAMIL 4 BULAN

Mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang aktiviti seni, Siti Nurhaliza hari ini melalui sidang media yang turut disiarkan secara live di Facebook akhirnya berkongsikan khabar gembira bersama peminat.

BACA: Peminat Dakwa Nampak Baby Bump Siti Nurhaliza?

Dalam sidang media tersebut, Siti menjelaskan bahawa dia kini sudah pun hamil empat bulan dan menyatakan rasa syukur di atas kurniaan yang dilimpahkan kepadanya itu. Tambah penyanyi ini lagi, dia dan juga suami sememangnya sentiasa berusaha mendapatkan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

“Saya melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dah suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada anda semua bahawa Alhamdulillah saya hamil empat bulan. Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembiranya kerana Allah memberikan kurniaan yang terlalu agung ini”

“Selepas 11 tahun kami bersabar, inilah juga sebab menjadi utama mengapa saya memilih untuk berehat kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” jelas Siti Nurhaliza.

Alhamdulillah, moga Allah mempermudahkan segalanya dan saya bersyukur segalanya berjalan lancar pada malam ini. Terima kasih di atas doa-doa anda selama ini dan Alhamdulillah, Dimakbulkan Allah pada tahun ke 11 perkahwinan kami. Ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan saya. PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN. ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA. 2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA. 3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Selain menjalani rawatan, Siti juga menyatakan bahawa dia dan suami sebenarnya telah beberapa kali berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Apa yang penting buat Siti ketika ini adalah menjaga keselamatan diri dan juga kandungan dan semoga segalanya dipermudahkan. (rtky/s)

SUMBER